Pemilihan PKR di Melaka dijadual berlangsung esok menyaksikan 9,387 anggota parti layak mengundi bagi memilih barisan pemimpin di peringkat pusat dan enam cabang di negeri ini.
PKR Melaka dalam kenyataan berkata terdapat kira-kira 30,000 anggota PKR di negeri ini dan pemilihan bagi cabang Jasin akan diadakan di Dewan MPJ, Lipat Kajang; cabang Alor Gajah di Kompleks Japerun Machap;
Cabang Tangga Batu di Dewan Seminar Stadium Hang Jebat, Krubong; cabang Masjid Tanah di Dewan Tan Sri Abu Seman, Paya Rumput; cabang Bukit Katil di Dewan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, Ayer Keroh; dan cabang Kota Melaka di Dewan Japerun DUN Kesidang, Batu Berendam.
Menurut laman web pemilihan PKR (www.pemilihankeadilan2018.com), Timbalan Menteri Industri Utama Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin bertanding satu lawan satu bagi jawatan Ketua Cabang Jasin menentang Zulkefly Osman.
Shamsul Iskandar, juga Pengerusi PKR Melaka dan Anggota Parlimen Hang Tuah Jaya, mempertahankan jawatan Naib Presiden PKR di peringkat pusat menentang 11 calon lain.
Shamsul Iskandar pada 29 Julai lepas dilaporkan sebagai berkata PKR Melaka menyokong penuh gandingan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Presiden dan Timbalan Presiden dalam pemilihan parti itu.
Menarik perhatian pertandingan jawatan Ketua Cabang Alor Gajah bakal menyaksikan pertembungan dua Exco Kerajaan Negeri Melaka dalam pertandingan tiga penjuru.
Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Melaka Datuk Muhammad Jailani Khamis; dan Exco Wanita, Pembangunan Keluarga, Hal Ehwal Kebajikan dan Hal Ehwal Orang Asli Melaka Ginie Lim; bakal menentang Ahmad Abdul Wahid.
Muhammad Jailani merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia dan Lim adalah ADUN Machap Jaya yang turut bertanding jawatan anggota Majlis Pimpinan Wanita Pusat PKR menentang 44 calon lain.
ADUN Klebang Gue Teck pula berhadapan saingan empat penjuru bagi jawatan Ketua Cabang Tangga Batu melawan Abdullah Ali, Rahmat Yusof, dan Alias Abd Wahab.
Anggota Parlimen Tangga Batu Dr Rusnah Aluai pula menghadapi Mohd Lokman Abd Gani dalam pertandingan satu lawan satu bagi jawatan Timbalan Ketua Cabang Tangga Batu dan Rusnah turut bertanding jawatan anggota Majlis Pimpinan Wanita Pusat PKR menentang 44 calon lain.
Blogger 'Ratu Naga' atau nama sebenarnya, Syarul Ema Rena Abu Samah bakal berdepan saingan tiga penjuru bagi jawatan Ketua Cabang Masjid Tanah dengan Abdul Wahab Ibrahim dan Halim Bachik.
Syarul Ema Rena juga bertanding untuk jawatan Anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, menentang 87 calon lain.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 19 2018
Timbalan Menteri Industri Utama Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin bertanding satu lawan satu bagi jawatan Ketua Cabang Jasin. - Gambar fail
Agong berkenan meriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidilfitri Kementerian Perpaduan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidifitri Kementerian Perpaduan Negara.
[KOLUMNIS] Kawalan kendiri dapat perkukuh penguatkuasaan undang-undang AI
Tanpa kawalan kendiri, undang-undang mungkin menjadi tidak berkesan termasuklah dalam persoalan impak AI terhadap masyarakat.
Nahas helikopter Lumut: Proses bedah siasat 10 mangsa selesai - TLDM
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu.
AWANI Ringkas: Suspek kes tembak KLIA didakwa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jamaica secara rasmi iktiraf Palestin sebagai sebuah negara
Jamaica memutuskan untuk mengiktiraf secara rasmi Negara Palestin pada Selasa berikutan perbincangan dalam Kabinet pada hari sebelumnya.
Nahas helikopter Lumut: Van jenazah tiba di HRPB, bawa jenazah ke 23 RAMD
Sebanyak 10 van jenazah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilihat memasuki perkarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh pada jam 2.20 petang Rabu.
Nahas helikopter Lumut: Kesemua mangsa diberikan penghormatan terakhir ikut istiadat TLDM
Kesemua mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, semalam akan diberi penghormatan terakhir mengikut istiadat rasmi TLDM.
Nahas helikopter Lumut: Malaysia jadi tumpuan, masyarakat antarabangsa zahir simpati
Nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas dan mengorbankan 10 nyawa di Pangkalan TLDM Lumut semalam, turut menjadi perhatian masyarakat antarabangsa yang mengikuti perkem
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan Perak akan bincang bentuk bantuan kepada waris
Kerajaan Negeri Perak akan melihat bentuk bantuan yang bakal dihulurkan kepada keluarga tiga mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas di Lumut.
Harga minyak mahal akibat konflik beri cabaran besar kepada syarikat penerbangan - MIDF Research
Kenaikan harga bahan api jet merupakan cabaran utama kepada sektor penerbangan susulan daripada konflik geopolitik di Asia Barat yang kian memuncak kebelakangan ini.
Lokasi projek tanam benih padi ditukar kerana tidak sesuai - Dr Akmal
Lokasi sawah Kampung Tengah Padang, Merlimau dipilih sebagai projek rintis Ladang Benih Padi Sah, yang dijangka mengeluarkan benih padi yang pertama Melaka, awal tahun depan.
Kadar capaian internet di sekolah di Melaka memuaskan - Exco
Kerajaan Negeri Melaka akan terus mempertingkatkan kadar capaian internet di semua sekolah termasuk di kawasan luar bandar walaupun kini ia berada pada tahap memuaskan.
Dua individu ditahan bantu siasatan minta, terima sogokan daripada firma guaman
SPRM menahan dua individu selama empat hari bagi membantu siasatan berkaitan penerimaan wang suapan daripada beberapa firma guaman.
Lebih 50 rumah terjejas akibat banjir kilat di Melaka
Sekurang-kurangnya 57 rumah penduduk di Melaka Tengah dan Alor Gajah terjejas akibat banjir kilat susulan hujan lebih dua jam sejak pukul 3 petang tadi.
Melaka cadang wujud bazar Aidilfitri berpusat mulai tahun depan
Jajaran baharu yang dicadang itu akan meliputi kawasan Jalan Jonker hingga Pahlawan Walk, menyediakan ruang niaga yang lebih besar.
Melaka rekod 3.7 juta pelancong suku pertama tahun ini
Antara 60,000 dan 70,000 kenderaan sehari dicatatkan memasuki Melaka setiap hujung minggu, menyumbang kepada peningkatan jumlah pengunjung.
Orang awam di Melaka dilarang makan dwicangkerang - DOF
Hasil analisis terhadap sampel kupang dan air yang diambil dari Sebatu menunjukkan kehadiran alga spesies 'Alexandrium' yang berbahaya.
Setahun mentadbir Melaka: 60 inisiatif sentuhan rakyat berjaya dilaksanakan
Barisan ADUN, Exco dan timbalan Exco yang dipilihnya setahun lalu dianggap pemangkin kepada kejayaannya dalam memimpin dan membangunkan Melaka.
Ejek-mengejek punca dua kumpulan pelajar gaduh
Perselisihan faham dan ejek mengejek melibatkan insiden lama dipercayai menjadi punca seorang pelajar lelaki Tingkatan Tiga cedera dalam pergaduhan di Pantai Puteri, Tanjung Kling di sini Jumaat lalu.
Melaka tak berhasrat tambah insentif Aidilfitri kepada penjawat awam negeri
Katanya bantuan khas kewangan kepada kakitangan kerajaan di Melaka telah diumumkan pada pembentangan Bajet 2024 negeri tahun lepas.