Para perwakilan MIC akan mula mengundi pada pukul 4 petang ini bagi memilih timbalan presiden, tiga naib presiden dan 21 anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti itu bagi penggal 2018-2021.
Pemilihan bagi jawatan timbalan presiden MIC kali ini bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu di antara bekas anggota CWC Datuk Seri M. Saravanan dan bekas Pengerusi MIC Perak Tan Sri M. Ramasamy.
Tiga jawatan naib presiden pula menyaksikan persaingan sengit dengan 10 calon merebut jawatan itu pada pemilihan kali ini.
Antara yang merebut kerusi naib presiden ialah penyandang jawatan itu Datuk T. Mohan, bekas Ketua Pemuda MIC Datuk C. Sivaraajh, bekas Pengerusi MIC Negeri Sembilan Datuk L. Manickam dan bekas Pengerusi MIC Johor Datuk M. Asojan.
Selain itu, 44 calon lagi merebut 21 kerusi CWC pada kali ini antaranya Datuk P. Kamalanathan, Datuk N. Muneandy, K. Sathasivam, R. Gunaselaan, M. Mathuraiveran dan J. Dhinagaran.
Proses pengundian dijangka tamat pada 7 malam dan keputusan dijangka diketahui pada pukul 10 malam ini, menurut pegawai parti.
Pada Jun lepas, Tan Sri SA Vigneswaran muncul sebagai calon tunggal dalam pemilihan presiden parti dan menang tanpa bertanding bagi menggantikan Datuk Seri S. Subramaniam yang memutuskan untuk berundur.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 20 2018
Pemilihan bagi jawatan timbalan presiden MIC kali ini bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu di antara bekas anggota CWC Datuk Seri M. Saravanan dan bekas Pengerusi MIC Perak Tan Sri M. Ramasamy.
Bursa Malaysia bertukar positif dalam dagangan awal selepas dibuka rendah
Pada 9.17 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.17 mata kepada 1,541.59 daripada 1,540.42 semasa ditutup pada Rabu.
Pantau Belanjawan: Pacu pendapatan tinggi melalui FDI
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata laporan daripada Pejabat Penyelidikan Makroekonomi Asean+3 (Amro) mengenai pertumbuhan ekonomi Malaysia baru-baru ini telah menonjolkan potensi Malaysia untuk menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2030, dipacu oleh peningkatan dalam aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI). Bergerak ke hadapan, apa yang perlu dilakukan oleh Malaysia untuk keluar daripada perangkap pendapatan sederhana serta menggerakkan usaha menjadi negara berpendapatan tinggi?
Ringgit teruskan peningkatan, dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.7850/7885 berbanding dolar AS daripada 4.7910/7950 semasa ditutup pada Rabu.
NVIDIA perkenal kad grafik RTX baharu, beri kuasa AI generatif kepada komputer riba
Kedua-dua kad grafik ini dibina menggunakan cip pemprosesan grafik Ada Lovelace yang diperlihatkan pada kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4000.
Pengesahan pembayaran Google Play Store kelak akan buang sokongan kata laluan
Google dilihat akan membuang sokongan kata laluan bagi menggalakkan pengguna mengesahkan pembayaran dengan sistem biometri.
Penerbangan bawa balik jenazah mendiang Joseph Kurup dibatalkan
Jenazah mendiang sepatutnya dibawa melalui penerbangan komersial dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu untuk upacara penghormatan terakhir.
Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines, AirAsia batal penerbangan Kuala Lumpur ke Sabah, Sarawak
Malaysia Airlines umum pembatalan 11 penerbangan Sabah dan Kuala Lumpur serta lapan penerbangan laluan Sarawak dan Kuala Lumpur dibatalkan.
Reformasi ekonomi: Bukan sekadar umum, rakyat perlukan penjelasan - Penganalisis
Pelbagai platform dan kaedah penerangan perlu dilakukan lantaran tahap kefahaman rakyat terhadap sesuatu isu adalah berbeza.
Tarif air pengguna domestik Perak naik 5 sen mulai 1 Mei - Saarani
Saarani berkata, beliau yakin kenaikan itu tidak terlalu tinggi dan boleh diterima oleh rakyat.
Penang FC harap kehadiran satu lagi tonggak import
Bekas penyerang kebangsaan itu berkata kehadiran pemain import amat diperlukan pada posisi tengah menyerang.
Pemilihan MIC: Saravanan lawan Ramasamy bagi rebut jawatan timbalan presiden hari ini
Para perwakilan MIC akan mula mengundi pada pukul 4 petang ini bagi memilih timbalan presiden, tiga naib presiden dan 21 anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti itu bagi penggal 2018-2021.
Mah Siew Keong masih Presiden Gerakan yang sah
Datuk Seri Mah Siew Keong hari ini menjelaskan beliau masih presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) yang sah sehingga pemilihan parti itu pada 17 Nov nanti.