Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Islam dan Melayu sebagai asas keadilan tanpa mengira kaum dalam perjuangan PKR.

Anwar selaku calon Presiden menegaskan PKR merupakan parti yang sentiasa bergerak ke hadapan dan menghimpunkan kekuatan semua kaum dalam menerajui perubahan.

"Ini kerana dasar kita lebih menekankan keadilan tanpa mengira kaum dan agama dan proses perubahan yang harus berlaku dalam negara ke arah memartabatkan Malaysia yang lebih cemerlang," tegas Anwar ketika ditemubual melalui Skype di dalam program AI yang bersiaran 8.15 malam pada Khamis.


BACA: Budaya 'warlord' tidak boleh hidup dalam PRK!