Fasa pertama proses pemilihan PKR peringkat Selangor yang mempunyai keanggotaan paling ramai disahkan layak mengundi iaitu 249,850 orang, berlangsung hari ini di sembilan daripada 22 cabang di negeri itu.
Sembilan cabang berkenaan ialah Sabak Bernam, Sungai Besar, Hulu Selangor, Serdang, Kelana Jaya, Subang, Kapar, Kota Raja dan Sepang yang mempunyai lebih 108,000 anggota layak mengundi.
Sabak Bernam mempunyai 4,983 anggota, Sungai Besar (6,243), Hulu Selangor (19,913), Serdang (8,597), Kelana Jaya (10,595), Subang (12,051), Kapar (19,578), Kota Raja (15,640) dan Sepang (11,257).
Proses pengundian menggunakan kaedah 'e-voting' atau e-undi itu akan berlangsung dari 9 pagi sehingga 5 petang.
Baki 13 cabang lagi akan menjalankan pengundian pada 21 Okt melibatkan Puchong, Gombak, Petaling Jaya (PJ) Utara, PJ Selatan, Kuala Langat, Klang dan Selayang manakala pada 28 Okt melibatkan Tanjong Karang, Kuala Selangor, Ampang, Pandan, Shah Alam dan Hulu Langat.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR Datuk Rashid Din berkata pemilihan parti di Selangor dipecahkan kepada tiga fasa berikutan keanggotaannya yang terlalu ramai.
"Memandangkan petugas dan peralatan kita terhad kita terpaksa pecahkan kepada tiga hari iaitu 14, 21 dan 28 Okt. Pusat mengundi pun kita pilih yang luas dan selesa supaya proses pengundian berjalan lancar," katanya ketika dihubungi Bernama.
Mengenai aspek keselamatan semasa proses pengundian, beliau berkata pihaknya telah memaklumkan kepada pihak polis dan menempatkan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di setiap pintu masuk pusat pengundian selain menambah jumlah petugas.
Selain itu, Rashid berkata pegawai tempat mengundi juga dipilih dalam kalangan mereka dari luar Selangor bagi mengelakkan berlakunya 'pilih kasih'.
"Kita juga hadapi masalah bila ada 'cai' (senarai calon-calon), jadi kita akan pastikan dalam dewan mengundi sesiapapun tidak dibenarkan berkempen atau mengedarkan cai, tambahan pula kita tahu di Selangor 'panas'," katanya.
"Kita juga nak nasihatkan anggota parti supaya berhemah, kita lawan secara adil. Menang atau kalahpun orang Keadilan (PKR) juga, kita adik-beradik jadi kena bertolak ansur, jangan sampai bergaduh," katanya menambah keputusan dijangka diketahui seawal 7 malam.
Selain mempunyai keanggotaan paling ramai, Selangor turut menjadi tumpuan pada pemilihan kali ini dari segi perebutan jawatan timbalan presiden memandangkan negeri ini dikatakan kubu kuat penyandang Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Pengerusi PKR negeri dan bekas Menteri Besar Selangor.
Selain Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi, jawatan nombor dua parti diintai Naib Presidennya Mohd Rafizi Ramli.
Namun, Penolong Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat Syed Badli Shah Syed Osman yang juga bekas Setiausaha AMK Selangor dilaporkan berkata kesemua 22 cabang di negeri itu telah menyatakan sokongan kepada Rafizi.
Media sebelum ini melaporkan, keputusan undi di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Wilayah Persekutuan memihak kepada Rafizi sementara Mohamed Azmin berjaya menguasai Pulau Pinang dan Johor.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 14 2018
Rashid berkata pemilihan parti di Selangor dipecahkan kepada tiga fasa berikutan keanggotaannya yang terlalu ramai. - Gambar fail
Niaga AWANI: Chongqing percepat usaha jadi hab utama barat daya China
Hab logistik di Chongqing memainkan peranan penting dalam membina zon ekonomi Chengdu-Chongqing, dan mewujudkan kawasan hab kawasan pedalaman yang terkemuka.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: MRANTI pertingkat kerjasama bidang teknologi, inovasi
Antara lima bidang utama kerjasama tersebut meliputi pertukaran kakitangan dan perkongsian pengalaman pembangunan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - DOSM
Bagi inflasi di peringkat negeri, kebanyakan negeri merekodkan peningkatan di bawah paras inflasi nasional 1.8 peratus.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
[TERKINI] Saluran radio Astro kekal pilihan nombor 1 di Malaysia - Kajian RAM
Kajian Radio Audience Measurement (RAM) pertama yang dijalankan bagi tahun 2024 menunjukkan saluran-saluran Astro Radio mencapai 7O peratus pendengar di Semenanjung Malaysia.
Pukul warga emas, polis tahan pemilik, pembantu rumah kebajikan
Beliau berkata siasatan mendapati punca kejadian adalah disebabkan mangsa yang nyanyuk dikatakan sering mendatangkan masalah.
Najib tak pernah arah pengurusan 1MDB pindah AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho Low - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengarahkan mana-mana individu daripada pengurusan 1MDB untuk memindahkan AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho low.
AWANI Ringkas: SPRM sahkan Tun M antara disiasat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
CEO Microsoft Satya Nadella dijadual lawat Malaysia pada 2 Mei
Lawatan ke Malaysia itu merupakan sebahagian daripada jelajah Asia Tenggara beliau.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita - Noraini
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi menangani cabaran industri dengan berkesan.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Program Tuisyen Rakyat Selangor ditambah baik dengan aplikasi mudah alih - MB
Program itu ditambah baik dengan penyediaan saluran video secara langsung bertujuan memudahkan komunikasi secara terus antara guru dan pelajar.
NRES lindungi flora dan fauna melalui inovasi digital
Ia bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan inovasi digital dalam usaha mengukuhkan konservasi fauna dan flora liar.
KKDW peruntuk RM1.7 bantu 1,200 usahawan desa kuasai pendigitalan
Peruntukan itu bagi memberi pendedahan secara langsung dan praktikal mengenai pendigitalan perniagaan kepada usahawan luar bandar.
PEDi berusaha bantu usahawan desa beralih ke platform digital
PEDi merupakan satu inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjangkau para usahawan di peringkat akar umbi.
FAMA perkasa penuntut IPT dalam bidang usahawan menerusi program NBME
Misi melahirkan usahawan muda termasuk dalam kalangan mahasiswa dengan fokus kepada aktiviti pemasaran dalam talian dan platform digital.
Rangka tindakan HGHV industri berasaskan teknologi dan digital akan dilancar Feb 2024 - Rafizi
Rangka tindakan sektoral untuk merancakkan perkembangan syarikat pemula dan menarik syarikat teknologi dunia ke Malaysia.
Pelaburan berkaitan digital di Malaysia berjumlah RM110 bilion - MDEC
Pelaburan berkaitan digital di Malaysia berjumlah RM110 bilion, hampir dua kali ganda melebihi sasaran di bawah inisiatif Pelan Tindakan Digital Malaysia (MyDigital).
Thailand, Bank Dunia kukuh kerjasama dalam transformasi air, EEC dan digital
Thailand komited untuk mengembangkan kerjasama dengan institusi kewangan antarabangsa itu supaya ia memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.
Semua urusan perkhidmatan dalam aplikasi MyJPJ boleh digunakan pada 2025
Rospiagos berkata, sasaran itu selaras dengan hasrat JPJ ke arah pendigitalan sepenuhnya menjelang 2025.
Langkah MYDIN sahut pendigitalan ekonomi, usaha terpuji, wajar dicontohi - Fahmi
Katanya, MYDIN melakukan anjakan paradigma yang harus diikuti syarikat-syarikat lain supaya kekal kompetitif dalam industri.