Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin mengingatkan anggota parti di negeri ini supaya memilih pemimpin dengan tepat dan mempunyai rekod pencapaian baik bagi meneruskan kelangsungan parti berkenaan, pada pemilihan PKR kali ini.
Mengambil Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai contoh, beliau berkata pemimpin itu mempunyai rekod pencapaian yang baik kerana memegang jawatan sebagai timbalan presiden parti sehingga empat penggal selain menjadi Menteri Besar Selangor selama empat tahun.
"Kita kena buat kerja gunakan kematangan kita pada pemilihan parti kali ini kerana ia penting. Kalau kita tidak matang memilih kepimpinan pada pemilihan parti kali ini, maka pengurusan parti akan terjejas.
"Kita kena pilih satu 'pasukan' yang bersatu padu, satu 'pasukan' boleh buat kerja sebagai satu pasukan kerana kalau kita tidak memilih mereka sebagai satu pasukan setiap keputusan kita akan berpecah, bila berpecah mana mungkin kita hendak menggerakkan agenda, hala tuju dan aktiviti parti," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Bersama Yang Berhormat Zuraida Kamaruddin, di sini pada Isnin malam.
Zuraida yang juga calon bagi Naib Presiden PKR berkata gandingan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mohamed Azmin adalah yang terbaik dalam usaha menstabil, mengukuh dan memantapkan parti bagi tempoh tiga tahun akan datang.
"Inilah yang kita hendak agar Parti Keadilan Rakyat terus disegani kawan, parti DAP, Amanah (Parti Amanah Negara) dan Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) serta digeruni Barisan Nasional-UMNO.
"Inilah pemimpin kita nak, dan yang terbaik bantu Anwar melaksanakan agenda reformasi adalah Datuk Seri Azmin Ali...sudah tentu lebih sempurna lagi pasukan Anwar dan Azmin dilengkapkan dengan Zuraida Kamaruddin calon nombor tiga bagi Naib Presiden PKR bersama barisan exco lain," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 10 2018
ZURAIDA: Kita kena pilih satu 'pasukan' yang bersatu padu. - Gambar fail
Gaza Freedom Flotilla: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal terpaksa ditukar - FFC
Terdapat kemungkinan pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla terpaksa ditukar.
AWANI Ringkas: Semua 10 mayat dihantar ke Hospital Permaisuri Bainun Ipoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pantau Belanjawan: Meningkatkan kecekapan, produktiviti perkhidmatan kesihatan
Pantau Belanjawan membawa perkembangan terkini tentang aplikasi perkhidmatan komunikasi kesihatan, MedPlanner.
Johor laksana sunat istisqa' dan khutbah khas
Kerajaan negeri memandang serius keadaan kemarau yang berlaku di beberapa tempat dalam negara khususnya di negeri Johor.
Pengarah syarikat gagal patuhi syarat lesen cetak al-Quran didenda RM8,000
Sebelum menjatuhkan hukuman, Majistret Farah Azura menasihatkan tertuduh supaya lebih peka dengan sensitiviti berhubung pencetakan al-Quran.
Nahas helikopter Lumut: Jenazah Komander Firdaus dikebumi di Pulau Pinang
Komander Muhammad Firdaus Ramli ,44, akan dikebumikan di kampung halamannya di Sungai Nibong Besar, Pulau Pinang.
Nahas helikopter Lumut: 'Takut tak sempat lepas ni' - Kakak pilu kenang permintaan terakhir arwah
Noryani berkata dia reda dengan pemergian adiknya itu selepas ibu bapa mereka meninggal dunia Januari dan Ogos tahun lalu.
Dilarang guna 'gajet', kanak-kanak cuba terjun bangunan
Anggota JBPM Perak berkata pihaknya hanya mengambil masa tujuh minit bagi memujuk dan menyelamatkan kanak-kanak itu.
[KRONOLOGI] Nahas Helikopter TLDM
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi dua helikopter yang dilaporkan bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
[INFOGRAFIK] Perang Palestin-Israel | Fakta Nombor (Sehingga 19 April 2024)
Berikut adalah info berkenaan dengan perang Palestin-Israel, fakta nombor, sehingga 19 April 2024.
Bersatu Tanjong Karang digantung
Bersatu Tanjong Karang digantung susulan ketua bahagiannya menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kutipan hasil Selangor dijangka meningkat RM100 juta mulai tahun depan - MB
Kerajaan Selangor menjangkakan kutipan hasil negeri tersebut meningkat sekitar RM100 juta selepas memperkenalkan tiga langkah baharu.
PN puji inisiatif MITI lancar rangka kerja i-ESG
Mohamed Azmin memuji inisiatif Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) melancarkan rangka kerja Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus Industri Nasional (i-ESG).
Azmin Ali nafi dakwaan keluar kenyataan berunsur fitnah terhadap Lim Guan Eng
Mohamed Azmin menafikan dakwaan beliau mengeluarkan sebarang kenyataan berunsur fitnah terhadap Lim Guan Eng ketika berucap pada kempen PRU15.
Mohamed Azmin minta Speaker tarik larangan pakai baju Melayu
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta Speaker baharu, Lau Weng San, menarik semula peraturan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berhubung pemakaian baju kebangsaan.
Pembangkang tubuh jawatankuasa portfolio, semak imbang peranan Exco Selangor
Mohamed Azmin berkata peranan 10 ADUN PN dalam portfolio itu bertujuan memastikan perbincangan dan perbahasan semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor lebih berfokus.
Azmin dilantik Ketua Pembangkang DUN Selangor
Pengumuman itu dibuat Speaker DUN Selangor, Lau Weng San pada Mesyuarat Pertama (Angkat Sumpah) Penggal Pertama DUN Selangor ke-15.
Nahas Elmina: Azmin Ali sertai solat jenazah Shahrul Kamal
Azmin juga memaklumkan beliau sempat bertemu dengan bapa Allahyarham yang juga bekas juruterbang.
Kes Muhyiddin: Pertuduhan AMLA tidak boleh berdiri sendiri - Mohamed Azmin
Azmin menegaskan, oleh kerana kesalahan utama atau predikat telah dibatalkan, maka pertuduhan AMLA tidak boleh berdiri secara sendiri.
'Azmin berjaya raih simpati pengundi' - KJ
Menurut Khairy, walaupun Azmin dilabel sebagai pengkhianat, namun PRN kali ini memberi kejutan apabila undi masyarakat Melayu mula beralih kepada Perikatan Nasional (PN).