Ucapan tahniah dan kesyukuran daripada barisan kepimpinan Barisan Nasional (BN) membanjiri garis masa media sosial ketika ini, sebaik sahaja berjaya merampas kerusi tradisinya di Semenyih.

Antara lain mereka menyifatkan kemenangan berkenaan adalah suara pengundi Semenyih dan usaha jentera parti yang bertungkus-lumus memastikan kemenangan calonnya Zakaria Hanafi.

Zakaria berjaya mendapat 1,914 undi majoriti mengalahkan calon Pakatan Harapan (PH) yang mendapat sebanyak 17,866 undian dalam pertarungan sengit itu.









Sementara itu, Ahli Parlimen Muar yang juga Ketua Armada Bersatu turut memuat naik ucapan tahniah atas kemenangan BN dan berharap agar PH bermuhasabah dengan keputusan berkenaan.


Dua lagi calon, Kuan Chee Heng (Bebas) sekadar meraih 725 undi manakala calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) Nik Aziz Afiq Abdul menerima 847 undi.

Keputusan rasmi itu diumumkan Pegawai Pengurus PRK Semenyih, Datuk Mohd Sayuthi Bakar di Dewan Seri Cempaka Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) pada Sabtu.

PRK Semenyih diadakan berikutan kematian penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor, 57 tahun, yang merupakan Ketua Bersatu Bahagian Hulu Langat pada 11 Jan lepas akibat serangan jantung.