UMNO dan Pas ketika ini sedang mengadakan Mesyuarat Perunding antara kedua-dua parti di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara.

Para pemimpin Pas kelihatan tiba di menara tersebut sekitar jam 3.15 petang.

Mereka ialah Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan, Naib Presiden, Idris Ahmad serta Ketua Dewan Ulamak Pas, Datuk Mahfuz Mohamed.

Ketibaan mereka disambut Ketua Penerangan UMNO, Datuk Shamsul Anuar Nasarah dan beberapa pemimpin parti itu.

Isu kerjasama penyatuan ummah dan cadangan menggunakan satu logo pada Pilihan Raya Umum ke-15 adalah antara yang bakal dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan.

Satu sidang media akan diadakan selepas mesyuarat itu.