Pemuda UMNO menyasarkan 40 peratus calon yang mewakili parti itu dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang terdiri daripada pemimpin muda, kata Ketua Pemudanya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Beliau berkata, bagi merealisasikan perkara tersebut Pemuda harus membuat persediaan awal bagi melahirkan pemimpin berkualiti dalam menggalas tanggungjawab berkenaan.
"Kita lihat akar umbi kita hebat sebenarnya, tidak terjejas. Kalau ada pemimpin mahu melompat parti, biarlah...sebab Pemuda UMNO sedia menggantikan tempat mereka.
"Saya sudah berjanji dengan Pemuda UMNO untuk pastikan pada pilihan raya akan datang, 40 peratus pemimpin muda menjadi calon UMNO dan BN.
"Sebab itu kita tidak boleh hanya bercakap sebaliknya kena bermula dari sekarang," katanya pada Majlis Santai Pemuda UMNO Negeri Sembilan Bersama Pemuda UMNO di sini, malam tadi.
Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Port Dickson Mohd Faizal Ramli dan Ketua Pemuda UMNO negeri, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir.
Asyraf Wajdi berkata walaupun Pemuda mengetengahkan calon muda, namun ia perlu dilakukan secara berhemah dan tidak berlaku sebarang perbalahan dengan pemimpin lama di peringkat bahagian.
Sementara itu, beliau berkata Pemuda UMNO dan Pemuda PAS akan berkolaborasi mengadakan bantahan berhubung proses ratifikasi Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di Masjid Jamek, Kuala Lumpur, esok.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 03 2018
ASYRAF WAJDI: "Kita lihat akar umbi kita hebat sebenarnya, tidak terjejas. Kalau ada pemimpin mahu melompat parti, biarlah."
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Kakitangan bakal terima tunggakan gaji dalam tempoh 30 bulan
Isu tunggakan gaji membabitkan 20 bekas kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) selama sembilan bulan dijangka selesai dalam waktu terdekat selepas kesemua mereka akan menerima bayaran secara berperingkat dalam tempoh 30 bulan berjumlah RM337,000.
MARA siasat guru didakwa pedofil
MARA akan membuat siasatan menyeluruh terhadap seorang guru yang didakwa terlibat kes pedofilia ke atas murid di sebuah sekolah berasrama penuh.
Lebih 80 peratus tawaran ke MRSM buat pelajar B40
Pengambilan pelajar tingkatan satu dan empat dalam kalangan golongan berpendapatan rendah atau B40 ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi sesi 2024 adalah melebihi 80 peratus.
Konsep payung perlu dikembalikan - Asyraf Wajdi
Ia bagi membantu usahawan kecil untuk mempunyai kemahiran dalam menguruskan aliran wang tunai dalam perniagaan masing-masing.
PM luang masa tinjau perjalanan KEB 2024
Perdana Menteri meluangkan masa meninjau perjalanan Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 yang bermula hari ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
Pentakrifan kategori pendapatan B40, M40, T20 bukan gambaran realiti - Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi berkata isu ini sering dibangkitkan dalam sesi libat urus dan wajar diambil kira sama ada pentakrifan kategori ini masih lagi relevan ataupun tidak.
'Kongres Ekonomi Bumiputera tidak harus dipolemik' - Asyraf Wajdi
Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024) tidak harus dilihat sebagai salah satu langkah untuk menafikan hak bukan bumiputera.
Jawatankuasa Khas Gubal Undang-Undang Islam diharap perkasa Akta 355
Asyraf berkata, antara cadangan penting ialah untuk menaikkan had hukuman denda maksimum daripada RM5,000 kepada RM100,000.
Kampung Baru Cina: UMNO tolak cadangan Nga Kor Ming
Tegas Asyraf Wajdi, ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf hanya bumiputera sebagai penduduk asal dengan hak keistimewaan tertentu.
25 peratus tawaran MRSM ditolak setiap tahun, kekosongan diisi calon simpanan
Asyraf Wajdi berkata, jumlah itu berdasarkan rekod yang dikenal pasti sebelum ini.
Tak perlu bukan Islam dalam jawatankuasa khas kaji bidang kuasa Mahkamah Syariah - Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi menegaskan tiada keperluan untuk pakar bukan Islam dilantik dalam jawatankuasa mengkaji bidang kuasa Mahkamah Syariah.