Usaha MCA untuk mengembalikan sokongan pengundi dari komuniti Cina kini mula menampakkan hasil.

Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai yakin dengan pertambahan sokongan komuniti Cina, semestinya lebih banyak kerusi akan dimenangi dalam pilihan raya umum akan datang.

"Kita dapati pengundi Cina sudah kembali sokong kerajaan.

"Jadi, MCA akan teruskan kerja keras untuk buktikan apa yang dijanjikan dibuat terutamanya membabitkan komuniti Cina.

"Jadi saya yakin pengundi Cina akan kembali sokong MCA dan Barisan Nasional," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Young Malaysians Movement (YMM) pada Ahad.

Jelasnya, usaha mendekati belia Cina turut dipergiat menerusi pelbagai program termasuk sesi dialog bersama beberapa pertubuhan belia Cina.