MIC menjangkakan perbuatan sabotaj dalam kalangan calon parti kaum india itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti akan berkurangan berbanding pilihan raya sebelum ini.

Presidennya, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, hasil kajian dalaman setakat ini hampir kesemua ahli berpuas hati dengan keputusan pemilihan calon yang dibuat oleh pucuk pimpinan Barisan Nasional.

Dalam masa sama beliau juga mengakui terdapat dua atau tiga kawasan sahaja yang mempunyai masalah ahli yang kecewa kerana tidak dipilih sebagai calon tetapi ia bukan masalah besar.

“Tidak begitu teruk (kecewa) dua hingga tiga tempat tapi mungkin dulu hangat sangat, semalam kurang sikit, ini hari reda sikit mungkin eosk akan kurang, mungkin lepas penamaan calon dia tidak akan ada lagi lah,

“Ini satu kebiasaan dalam politik kalau lihat parti politik lain lebih teruk daripada MIC daripada aspek ini kita bernasib baik isu in tidak melampau sangat. Jadi kita boleh tangani itu dan harapan saya, kali ini usaha sabotaj dalaman itu dari kajian dalaman kurang dibandingkan dengan dulu,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan di kampung kacang putih buntong, ipoh pada rabu.