Kerajaan Perikatan Nasional berada dalam posisi terbaik untuk mengguna pakai mana-mana manifesto dari mana-mana parti selagi ia membawa manfaat untuk rakyat.

Pengasas Rakyat Penyelamat Negara (RAPERA) Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos berkata ini kerana kerajaan baharu ini tidak terikat kepada mana-mana manifesto sebelum ini.

"Saya katakan bahawa kerajaan baharu ini dalam posisi terbaik untuk mengguna pakai manifesto dari parti lain.

"Ia boleh pinjam dari manifesto Pakatan Harapan, tiada isu. Ambil yang baik. Ia juga boleh pinjam dari manifesto UMNO atau Pas yang diumumkan pada PRU 14," kata beliau

Jahaberdeen berkata demikian ketika sesi temu bual Consider This pada Ahad malam.