CERITA Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-10 pada 2011 lepas menyaksikan Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan majoriti dua pertiga.
Dengan kemenangan BN sebanyak 55 kerusi daripada 71 kerusi dengan 372,379 daripada keseluruhan 672,667 undi, ia signal kekuatan yang harus dipertahankan untuk PRN kali ini.
Kelebihannya kali ini adalah penambahan 11 kerusi baru iaitu tiga di majoriti kaum Melayu/Melanau (Gedong, Kabong dan Telian), tiga majoriti kaum Iban (Stakan, Selirik dan Samalaju), dua majoriti Orang Ulu (Murum dan Long Lama) dua majoriti kaum Bidayuh (Serembu dan Triboh) dan satu majoriti kaum Cina (Batu Kitang).
Ia menjadi rebutan semua pihak yang mahu mengambil kesempatan kerusi baru ini untuk menambah kuasa di Sarawak.
BACA: Sekilas fakta PRN Sarawak yang anda perlu tahu
BACA: Kekuatan 'Ooo-Haa' dan 'You-You' Adenan di Sarawak
VIDEO: Temubual eksklusif Agenda AWANI Khas bersama Tan Sri Adenan Satem
Pertahan 55 kerusi
Kalau kita tengok di peringkat awal, pihak pembuat kajian ada mengandaikan bahawa kemungkinan pembangkang boleh menang di 23 kerusi.
Jika kita campur kedudukan ini maknanya BN akan menang hanya 59 kerusi selepas 82 kerusi ditolak 23 yang akan kalah.
Pada waktu ini paling penting untuk BN adalah mempertahankan 55 kerusi sedia ada yang dimenangi pada PRN ke-10 dahulu dengan menggunakan strategi menawan kawasan dengan apa konsep dan teori yang ada.
Di sini cabaran Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem dilihat sedikit berat untuk mencapai satu tahap menyamakan peratus kemenangan dahulu dengan perbezaan pertambahan 11 kerusi baru dan mengandaikan pecahan menawan ada di kelompok kerusi baru berkenaan.
Jadi, congak Adenan sebenarnya tidak harus mengikut hasil dapatan kemenangan pembangkang sebanyak 23 kerusi.
Ia bayangan yang diberi untuk memastikan kerajaannya kelak benar-benar padu untuk meneruskan misi merealisasikan manifestonya dalam masa lima tahun akan datang.
Oleh itu, congak 70 kerusi milik BN harus dijadikan kenyataan dengan mempertahankan 55 kerusi sedia ada dan mencari baki kerusi dengan cara mendekati hati rakyat.
Dalam pada itu, keyakinan Timbalan Presiden PBB, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg untuk BN mencapai sekurang-kurangnya 68 sehingga 72 kerusi itu pasti cabaran yang boleh dilakukan.
Ia melibatkan strategi menawan semula kawasan yang kalah pada PRN lepas dan membawa aspirasi besar untuk masuk ke kawasan pembangkang demi mandat lebih besar untuk Adenan selepas ini.
Adenan sendiri sebenarnya sudah mula masuk ke kawasan-kawasan milik pembangkang sepanjang minggu kempen ini dan cuba memujuk pengundi di sana untuk kembali menyokong BN.
Kira-kira Adenan mudah, apabila bumiputera bersatu dan mendapatkan kembali sokongan sekurang-kurangnya 30 peratus kaum Cina kepadanya, 70 kerusi yang diperlukan bukan lagi angan-angan yang tidak kesampaian.
Kekuatan jentera
Jentera BN kali ini juga dilihat lebih tersusun lebih semakin faham cara menggunakan titik sentuhan kempen dengan budaya Sarawak.
Ia ramuan di mana rakyat sendiri akan merasakan mereka lebih dekat dengan kerajaan selain sambutan yang diterima di setiap ceramah juga dirumuskan meningkat.
Walaupun ada sedikit persoalan, apakah mereka yang hadir di setiap ceramah itu merupakan pengundi, namun asasnya ia ukuran yang boleh dijadikan dasar untuk melihat sokongan penduduk kepada BN.
Apa yang penting, BN harus memperbanyakkan lagi program setempat pada minggu terakhir kempen agar bacaan jumlah kerusi untuk Adenan boleh dirumus dalam masa beberapa hari lagi.
Ia juga hasil strategi titik sentuhan untuk BN sendiri menambah usaha bertemu penduduk termasuk di kawasan kalah mereka.
Tindakan berani Adenan masuk ke kawasan itu sebenarnya boleh diandaikan satu keyakinan diri untuk tidak lagi melepaskan kerusi-kerusi berkenaan ke tangan pembangkang.
Ia rentetan keputusan Adenan sebelum ini yang sudah membariskan calon-calon boleh menang di semua 82 kawasan, jadi tugas seterusnya adalah untuk mengenal pasti kerusi yang boleh menang pula.
Siapa tahu, dahulu mereka yang tidak memberi sokongan BN namun kali ini hati mereka mungkin berubah untuk memberi undi kepada Adenan selepas keberanian dan usaha bersungguh-sungguh ketua menteri itu sendiri untuk mendekati mereka.
Jadi, apa lagi alasan rakyat Sarawak untuk tidak menyokong Adenan, jika diandaikan Adenan ini di sekolah, tokoh ini sudah layak mendapat keputusan A+ untuk setiap usahanya selama ini.
Karismatik Adenan ini juga sebenarnya fenomena baru yang menjadikannya sebagai ikon Sarawak.
Permainan strategi Adenan yang tidak mahu isu nasional dibawa masuk ke Sarawak mungkin menyumbang kepada beberapa kerusi tambahan untuk BN.
Permainan politik semenanjung dengan membawa isu nasional seperti dimainkan PKR, DAP, Pas, Amanah di Sarawak hanya akan memakan diri pembangkang.
Kini, Adenan terus mencongak pertambahan kerusi yang akan dimenanginya dengan kekuatan jentera, didarab kempen bertemu pengundi, ditolak kelemahan pembangkang dan dibahagi risiko masuk ke kawasan milik pembangkang.
Jawapannya hanya akan diterjemah pengundi dalam masa yang terdekat ini.
*Wan Syamsul Amly adalah wartawan Astro AWANI yang sedang membuat liputan Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 ketika ini.
**Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
*Untuk liputan menyeluruh Sarawak Memilih, ikuti kami di saluran berita segenap dimensi 501 Astro AWANI atau layari sahaja astroawani.com
Wan Syamsul Amly
Mon May 02 2016
Apa lagi alasan rakyat Sarawak untuk tidak menyokong Adenan, jika diandaikan Adenan ini di sekolah, tokoh ini sudah layak mendapat keputusan A untuk setiap usahanya selama ini. - Gambar fail
GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf sebagai Malaysia-China Institute
Pada peringkat awal, pusat itu akan melatih 2,000 tenaga TVET yang mendapat tajaan latihan ke negara berkenaan.
PM tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan sehari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu malam tadi untuk lawatan kerja sehari ke Sabah.
Bayaran yuran latihan e-sukan layak nikmati pelepasan cukai mulai tahun depan - Hannah
Perbelanjaan yuran keahlian gimnasium, mengikuti latihan atau kelas e-sukan, ekuestrian, renang, sukan bermotor dan taekwondo layak untuk menikmati pelepasan cukai sehingga RM1,000 mulai tahun depan.
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Fasa pertama Litar Pasir Gudang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun - Tunku Abdul Rahman
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menjangkakan fasa pertama 'Johor Circuit' di Litar Pasir Gudang siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
Bukan koman-koman, PRK Kemaman disifatkan ''battle of honour''
Pilihan Raya Kecil Kemaman disifatkan sebagai battle of honour yang menjadi medan penting untuk menilai dinamik dan landskap politik negara.
PRK Pelangai: Peluang PN, BN menang setara - Takiyuddin
Takiyuddin optimis PN mempunyai kelebihan, impak daripada strategi pecutan akhir yang dilakukan parti itu.
Kalau BN kalah PRK Pelangai, PH kena bertanggungjawab - Mohamad Sabu
Menjadi tanggungjawab jentera PH memastikan kemenangan calon BN di PRK Pelangai.
PRK Pelangai: Bapa ingatkan Amizar jangan tabur janji bulan bintang
"Usah berjanji bulan bintang semata-mata untuk meraih undi", itu pesan bapa kepada calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai Datuk Amizar Abu Adam.
BN hilang 27,000 undi Melayu pada PRK - Isham Jalil
BN kehilangan 27,000 undi Melayu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram yang berlangsung pada Sabtu.
PRK: PH mungkin hilang Simpang Jeram jika undi BN beralih - KJ
Khairy Jamaluddin tidak menolak kemungkinan Pakatan Harapan (PH) hilang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.
'UMNO bertanding sendiri, itu pandangan peribadi saya' - Azalina
Azalina berkata, kenyataannya berkenaan UMNO boleh menimbang bertanding atas tiket sendiri pada pilihan raya selepas ini berbanding menggunakan logo BN adalah pandangan peribadinya.
Pasca PRN Selangor: Perang sudah tamat, kini masa berkhidmat untuk rakyat
Persoalan siapa memiliki 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor telah berakhir dan mandat telah diberikan rakyat kepada pemimpin yang dipilih.
Saarani nafi keluar kenyataan ada perubahan 'besar' jika BN tidak diangkat MB Negeri Sembilan
Saarani berkata perbuatan mewujudkan kenyataan palsu itu langsung tidak membawa sebarang manfaat kepada negara serta rakyat.
Usaha PM bangunkan negara tidak harus ternoktah dengan keputusan PRN - Pemuda UMNO Kota Raja
Mohd Zaffarollah menegaskan biarpun UMNO mengalami kekalahan teruk, namun ia tidak seharusnya mengubah apa-apa keputusan menyertai Kerajaan Perpaduan.