Lembaga Pengampunan telah menolak petisyen Pengampunan Diraja dalam kes liwat membabitkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh, dengan itu Anwar kini telah hilang kelayakan sebagai anggota Parlimen.

Anwar ialah ahli Parlimen Permatang Pauh juga penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan ketua umum Pakatan Rakyat.

Pada Jumaat lalu, media telah melaporkan bahawa petisyen untuk mendapatkan pengampunan diraja bagi Anwar telah "dilupuskan" pada 16 Mac oleh Lembaga Pengampunan.

Amarjeet Singh yang menghantar afidavit kepada mahkamah memaklumkan bahawa lembaga telah melupuskan petisyen itu.

Afidavit yang disahkan oleh Ketua Pengarah bahagian undang-undang Jabatan Perdana Menteri telah dihantar kepada pemohon di mana afidavit itu menyeru bahawa Anwar harus kekal dalam tahanan.

Pada 24 Februari lalu, keluarga Anwar telah menghantar permohonan pengampunan Diraja atas kesabitan kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Permohonan itu telah diserahkan kepada pihak istana di Istana Negara di bawah peraturan 113, Peraturan Penjara 2000.