Pakatan Harapan (PH) mengadakan satu mesyuarat di sebuah hotel di sini petang ini.

Presiden PKR Datuk Seri Anwar dilihat tiba pada 3.13 petang untuk menyertai mesyuarat itu.

Turut hadir Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Abdul Samad, Pengarah Strategik Amanah Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook.

Puluhan petugas media kelihatan menanti bagi mencuba nasib mendapatkan perkembangan terkini dari pemimpin terbabit.



-- BERNAMA