Pakatan Harapan (PH) akan dianggap mengkhianati mandat rakyat seandainya membuat keputusan menerima UMNO sebagai rakan gabungan mereka.
Ahli Jawatankuasa Komunikasi dan Mobiliti Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan bagaimanapun berkata mereka boleh mempertimbangkan mana-mana ahli atau pemimpin UMNO yang tidak mempunyai rekod tercalar dan ingin menganggotai mana-mana parti dalam PH.
Jelasnya, menerima UMNO secara keseluruhan tidak boleh diterima daripada segi prinsipnya kerana parti itu terlalu bongkak dan korup ketika memerintah negara dahulu.
"Dari segi prinsipnya untuk menerima parti UMNO sebagai sebahagian dari kerajaan pada hari ini tidak boleh diterima sama sekali.
"Hari ini mereka sudah tewas dan sedang mencari semula tapak untuk menjadi sebahagian daripada pemerintah," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Pada Jumaat, Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pihaknya menerima penyertaan ahli UMNO ke dalam parti di bawah PH, bagaimanapun tidak sesekali menerima parti berkenaan ke dalam PH.
Khairuddin juga mempersoalkan penerimaan UMNO kepada PH sebagai rakan gabungan seandainya mereka memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 yang lepas.
"Usah cakap untuk menerima PH, malahan UMNO dan BN akan menjadi semakin angkuh jika menang pada PRU lepas.
"Jangan percaya kepada Presiden UMNO kini, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mencari 'talian hayat' untuk menyelamatkan dirinya.
"Begitu juga dengan Datuk Seri Nazri Aziz yang pada suatu masa bercakap seperti bermusuh dengan PH namun hari ini sanggup berkempen untuk tokoh pemimpin PH pula," tegasnya.
Terdahulu, anggota Parlimen Padang Rengas itu dilaporkan menyatakan hasrat untuk berkempen bagi pihak Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson.
Antara nama lain yang turut dilaporkan menyatakan hasrat sama ialah Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos.
Anwar pula dilaporkan menyambut baik sesiapa sahaja yang berhasrat untuk membantunya pada kempen PRK Port Dickson akan datang.
Bagaimanapun Ketua Umum PKR itu menyerahkan kepada jentera serta jawatankuasa pemilihan parti untuk membuat keputusan.
Astro Awani
Sun Sep 16 2018
KHAIRUDDIN: Dari segi prinsipnya untuk menerima parti UMNO sebagai sebahagian dari kerajaan pada hari ini tidak boleh diterima sama sekali. -Gambar fail/Bernama
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan bebas tebusan
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan pembebasan tebusan menyebabkan usaha menamatkan krisis di Gaza gagal.
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
[TERKINI] Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Mengulas penangguhan sekali lagi misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza , Profesor Hubungan Antarabangsa Di Fakulti Undang-Undang Dan Hubungan Antarabangsa Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Prof Dr Mohd Afandi Salleh berpandangan, proses pendaftaran baharu bagi sesebuah kapal di negara lain mungkin akan memakan lebih banyak masa.
[TERKINI] Penangguhan pelayaran, taktik Israel gagalakan misi - FCC
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalitin (FFC), Dr Fauziah Hasan sifatkan penangguhan misi menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk terjejas di Gaza merupakan satu taktik biasa yang dilakukan rejim Israel.
[TERKINI] Pelayaran ditangguh lagi, Israel didakwa wujudkan kekacauan
Misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza sekali lagi ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Terdapat keperluan tambah bilangan wanita isi jawatan KSU, KP - PM Anwar
Anwar berkata jumlah pimpinan wanita sedia ada tidak mencerminkan jumlah keseluruhan 42 peratus golongan itu yang terlibat sebagai pembuat keputusan dalam perkhidmatan awam ketika ini.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Agong berkenan meriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidilfitri Kementerian Perpaduan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidifitri Kementerian Perpaduan Negara.
PM Anwar meriahkan sambutan ulang tahun ke-15 UKAS
Perdana Menteri menyantuni Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) di bawah Jabatan Perdana Menteri, yang menyambut ulang tahun ke-15 mereka.
PM Anwar tubuh Jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri - PMO
Perdana Menteri menubuhkan Jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri untuk memberi khidmat nasihat terkait soal pembangunan negara dan daya tahan ekonomi.
KL20 2024: Pelabur asing iktiraf masa tepat untuk melabur di Malaysia - PM
Ia bersandarkan kepada kestabilan dalam kerajaan dan tadbir urus yang baik, selain sifat pro-perdagangan dan pendirian neutral oleh Malaysia.
Sidang Kemuncak KL20 2024 bermula hari ini
Sidang kemuncak dua hari itu bakal mendedahkan kertas tindakan KL20 yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Isu DNB diputuskan minggu depan - Anwar
Isu berhubung dakwaan Digital Nasional Bhd (DNB) bertindak tidak telus dalam menjalankan operasi dalaman, akan diputuskan kerajaan pada minggu depan.