Pas mendakwa Pakatan Harapan (PH) takut dengan permuafakatan politik yang terjalin antara parti itu dan UMNO.
Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ia boleh dilihat menerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands 26 Jan lalu.
Beliau juga yakin momentum itu dapat diteruskan menerusi PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih yang akan berlangsung hari ini.
"Saya katakan begitu apabila mereka cuba serang Pas, serang UMNO, soal muafakat politik. Kalau kita tengok, sebenarnya berdasarkan keputusan pilihan raya dulu, kita perlukan lebih kurang 11 peratus keseluruhan undi.
"Dan kita tengok di kawasan-kawasan, sekiranya undi Pas dicampur dengan undi UMNO maka kita boleh mengalahkan PH. Jadi, ini yang dibimbangi mereka.
"Dan kita boleh tengok dalam pilihan raya di Cameron Highlands sebagai contoh, undi itu meningkat dengan banyak. Dan kita yakin di Semenyih pun kemungkinan besar (situasi sama) akan berlaku. Nampak moodnya begitu," kata Tuan Ibrahim.
Pada PRK Cameron Highlands, Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kerusi tradisinya apabila calonnya Ramli Md Nor menang dengan majoriti 3,238 undi.
Beliau mendapat 12,038 undi menewaskan calon PH M. Manogaran yang mendapat 8,800 undi, dan dua calon Bebas, Sallehuddin Ab. Talib (314) dan Wong Seng Yee (276).
Sementara itu, ditanya berkaitan kenyataan Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown mengesahkan ada menerima RM1.4 juta untuk menyelesaikan kes saman dengan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang di luar mahkamah, beliau memaklumkan tidak mempuyai maklumat berhubung perkara itu.
Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya sedia memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Astro Awani
Fri Mar 01 2019
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
14 keluarga terjejas dalam banjir kilat di Cameron Highlands
Banjir kilat berlaku ekoran limpahan sungai Kampung Raja dengan anggaran kedalaman air kira-kira 1.5 meter di lokasi.
Cameron Highlands bandar paling bahagia di Malaysia
Persepsi yang diberikan oleh penduduk di Cameron Highlands membuatkan ia dipilih sebagai bandar paling bahagia.
Sultan Pahang mahu pembaikan cerun penempatan Orang Asli Kg Sungai Ruil dipercepat
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menggesa supaya projek pembaikan cerun di penempatan Orang Asli Kampung Sungai Ruil, Tanah Rata dipercepatkan.
Tanah runtuh Cameron Highlands, NRES tunggu laporan lengkap
NRES menunggu laporan lengkap berhubung kejadian tanah runtuh di Cameron Highlands, Pahang, pada Jumaat lepas yang meragut lima nyawa.
Tanah runtuh Cameron Highlands: Dua mayat terakhir ditemui
Pasukan mencari dan menyelamat petang tadi menemui mayat keempat dan kelima mangsa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Batu 59, Blue Valley, Cameron Highlands pada Jumaat.
Penerokaan haram dikesan di kawasan runtuhan di Cameron Highlands
Penerokaan haram dikesan berlaku di kawasan runtuhan tanah di Batu 59, Blue Valley di sini.
Tanah runtuh Cameron Highlands: Mayat ketiga ditemui
Pasukan mencari dan menyelamat menemui mayat ketiga mangsa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Batu 59, Blue Valley, Cameron Highlands pada Jumaat.
Tanah runtuh Cameron Highlands: Operasi hari kedua guna jentera berat
Kumpulan pertama 14 anggota dan dua ekor anjing K9 memasuki lokasi kira-kira jam 8.42 pagi manakala pasukan kedua 14 anggota jam 10 pagi.
SAR mangsa tanah runtuh di Cameron Highlands diteruskan pagi ini
Operasi bermula pada 8.30 pagi dengan melibatkan 158 anggota serta pegawai dari Pahang, Perak dan Selangor.
Tanah runtuh Cameron Highlands: Operasi SAR sebelah malam disambung SMART dan STORM
Dua ekor anjing pengesan dari Unit K-9 direhatkan setelah melakukan tugasan mencari dan menyelamat (SAR) melebihi tujuh jam.