Tidak boleh ada penyimpangan daripada tiga prinsip utama yang disepakati parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH) kerana ia merupakan asas kepada penyatuan kerjasama pakatan itu sekali gus berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lepas.
Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata tiga prinsip yang merupakan hala tuju pakatan itu merangkumi komitmen mempertahankan segala ketetapan dalam Perlembagaan Persekutuan, komitmen terhadap agenda reformasi dan kerjasama PH berasaskan saling menghormati serta mempercayai satu sama lain.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan kelengkapan persekolahan peringkat Parlimen Kulim-Bandar Baharu di Sekolah Kebangsaan Terap dekat sini pada Jumaat.
"...institusi raja, kedudukan Islam, kebebasan beragama, kedudukan istimewa (orang Melayu dan Bumiputera) dan kedudukan istimewa Bahasa Melayu merupakan asas yang menyatukan kerjasama Pakatan Harapan.
"Keduanya komitmen terhadap agenda reformasi untuk institusi awam, institusi penguatkuasa, institusi Parlimen ini merupakan tunjang kepada hala tuju Pakatan Harapan. Kemudian perkara ketiga kerjasama Pakatan Harapan bertunjangkan satu pakatan yang saling menghormati dan mempercayai," katanya.
Beliau mengulas kenyataan Penasihat DAP Lim Kit Siang dalam catatan laman blognya semalam yang menyatakan pemimpin parti itu tidak teragak-agak keluar daripada gabungan kerajaan sekiranya objektif Malaysia baharu diketepikan.
Saifuddin Nasution yang juga Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu berkata sehubungan itu konteks yang dimaksudkan Lim itu adalah sekiranya terdapat penyimpangan terhadap tiga prinsip berkenaan.
"Saya sebut tiga perkara itu adalah prinsip membentuk Pakatan Harapan baik sebelum menjadi kerajaan mahupun selepas jadi kerajaan... parti politik itu dinamik. Mana ada parti politik statik...perbezaan pendapat dan pandangan itu lumrah biasa. Tetapi asas prinsip ini tidak boleh berbeza sebab telah disepakati," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 21 2018
SAIFUDDIN: Institusi raja, kedudukan Islam, kebebasan beragama, kedudukan istimewa (orang Melayu dan Bumiputera) dan kedudukan istimewa Bahasa Melayu merupakan asas yg menyatukan kerjasama Pakatan Harapan.
AWANI Pagi: Khunsa: Merungkai Isu Taboo Menerusi Drama
Khunsa, perihal yang tidak dibincangkan secara terbuka dalam masyarakat. Namun keberanian memaparkan isu ini dalam drama Khunsa, membuka perspektif baharu mengenainya.
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Haiwan peliharaan, terbiar juga boleh diserang strok haba
Bahang cuaca panas lazimnya memberi kesan kepada anjing, kucing dan arnab.
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Agenda reformasi kerajaan adalah tekad politik bantu rakyat - Anwar
Agenda reformasi yang dilaksanakan Kerajaan Madani merupakan tekad politik untuk membantu golongan rakyat yang memerlukan.
Gerakan koperasi adalah agenda ekonomi rakyat yang perlu disokong, diperkasakan - PM Anwar
Gerakan koperasi adalah sebuah agenda ekonomi rakyat yang jelas serta agenda reformasi yang perlu disokong dan diperkasakan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
[KOLUMNIS] Hitam-putih kontroversi pelantikan Nurul Izzah
Rasulullah pernah melantik menantunya, Othman ibn Affan sebagai penjaga Madinah ketika baginda keluar memimpin tentera Islam di Badr.
Wan Saiful gesa PM Anwar kotakan agenda reformasi, elak ditekan
Sekian lama bercakap mengenai reformasi, hari ini beliau akan berhadapan dengan satu kelompok yang boleh mengugutnya.
Kerajaan perlu pantas selesaikan masalah rakyat - Anwar
Anwar berkata beliau mempunyai harapan yang tinggi kepada kerajaan untuk menilai semula kaedah pelaksanaan dasar pengukuhan ekonomi dan pembangunan, serta masa yang diperlukan.
Masa untuk berlembut sudah habis, tiada ruang untuk pengkhianat - Anwar
Sudah tiba masanya pertelagahan dan persengketaan dalam Parti Keadilan Rakyat dihentikan, kata Presidennya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tempoh penamaan calon perlu dipanjangkan - Pengerusi ERC
Beliau berkata perkara tersebut merupakan antara 15 agenda reformasi yang dikemukakan ERC bagi menambah baik sistem pilihan raya di negara ini supaya lebih telus dan tersusun.
Agenda khianat amanah rakyat: Tindakan mahu selamatkan diri - Saifuddin
Rakyat harus berwaspada dengan usaha pihak tertentu yang hanya ingin menjaga kepentingan politik peribadi semata-mata.
Pastikan agenda reformasi PH bebas daripada fahaman sempit - Anwar
Presiden PKR itu mahu barisan kepimpinan PH membaiki segala kelemahan selain menambah baik penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
PH tidak boleh menyimpang daripada tiga prinsip pembentukan
Komitmen mempertahan segala ketetapan dalam Perlembagaan Persekutuan, komitmen terhadap agenda reformasi dan kerjasama PH berasaskan saling menghormati serta mempercayai satu sama lain.