Pilihan raya awal tidak perlu diadakan hanya kerana sebuah parti baharu ditubuhkan.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata adalah lebih baik bagi kerajaan untuk memberi tumpuan memenuhi aspirasi rakyat daripada mengadakan pilihan raya umum.
Menurutnya, mengadakan pilihan raya awal pada masa ini hanya akan membazirkan wang kerana ia turut membabitkan banyak pihak lain, termasuk polis dan Suruhanjaya Pilihanraya.
"Pilihan raya tidak diadakan hanya kerana ada individu yang menubuhkan parti baharu. Itu bukan pendapat saya dan kerajaan perlu menilai perkara lain seperti memastikan kerja masing-masing sudah disiapkan sebelum sibuk mengadakan pilihan raya," kata Datuk Seri Wan Junaidi selepas sidang media di sini pada Khamis.
Beliau percaya, kehadiran parti-parti baharu tidak akan menggugat parti kerajaan.
"Jika mana-mana pihak mahu menubuhkan parti, mahu menubuhkan persatuan, kita perlu meluluskan jika mereka memenuhi syarat dan undang-undang perlembagaan.
"Saya yakin akhirnya rakyat akan dapat melihat agenda parti, sama ada ia adalah untuk kebaikan negara ataupun agenda peribadi. Apabila orang ramai mengenal pasti, mereka dapat memutuskan parti mana yang mereka mahu sokong," kata Datuk Seri Wan Junaidi
Beliau yang pernah menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri sebelum ini mengakui telah melihat banyak parti baharu didaftarkan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS), namun ia diikuti dengan pembubaran parti berkenaan selepas beberapa tahun.
Pada Rabu, bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam menjangkakan Barisan Nasional (BN) akan mengadakan pilihan raya umum dalam masa terdekat.
Katanya, jangkaan itu berasaskan kepada kedudukan BN yang dilihat mahu terus memperkukuhkan kedudukan dalam mengharungi perubahan landskap politik semasa.
Dania Zainuddin
Thu Aug 11 2016
Wan Junaidi (gambar) berkata adalah lebih baik bagi kerajaan untuk memberi tumpuan memenuhi aspirasi rakyat daripada mengadakan pilihan raya umum. -Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
KJ pertimbang tubuh parti baharu
Khairy Jamaluddin mempertimbangkan untuk menubuhkan parti baharu disebabkan pasaran politik yang agak tepu.
Hala tuju politik: Tunggu habis puasa enam - Annuar Musa
Annuar berkata, buat masa ini beliau mahu menyelesaikan dulu ibadat sunat tersebut.
Kalau benar KJ ada 'magnet', tubuh parti baharu - Puad
Sekiranya Khairy tidak berani tubuhkan parti baharu, beliau boleh menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) atau Pas.
Bekas menteri Thailand tubuh parti baharu
Dua bekas pemimpin parti pemerintah Thailand - parti Palang Pracharath (PPRP) telah menubuhkan parti politik baharu - Sarng Anacot Thai, dan berikrar membantu memulihkan ekonomi negara.
Keputusan tubuh parti baharu diteruskan - Peter Anthony
Keputusan untuk menubuhkan parti baharu diteruskan, kata bekas Naib Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Peter Anthony.
Tiada pencalonan ketuai mana-mana parti baharu - Zuraida
Zuraida secara berseloroh menyatakan bahawa belum menerima sebarang pencalonan untuk mengetuai sebuah parti baharu yang dijangka dirasmikan pertengahan bulan ini.
Hak abang lancar parti baharu - Ismail Sabri
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tindakan abangnya Kamarazaman Yaakob menubuhkan parti baharu iaitu Parti Kuasa Rakyat adalah hak beliau dalam amalan negara demokrasi.
Hubungan UMNO-Bersatu: Amaran awal sudah saya berikan - Tun M
Tidak mudah bagi Bersatu sebagai sebuah parti baharu menjalinkan hubungan dengan sebuah parti yang kuat dan telah lama bertapak di negara ini.
Trend tubuh parti politik baharu macam buka bisnes - Presiden MIC
"Kalau tak suka buka, buka, buka... kalau kita ada satu jenama itu bukan bermakna mereka tidak boleh buka." - Vigneswaran
Parti muda Syed Saddiq beri isyarat kepada UMNO untuk berubah, bersaing - KJ
Bekas ketua Pemuda Umno tersebut menyambut baik penubuhan parti-parti baharu kerana ia sebahagian daripada sistem demokrasi negara dan melihatnya sebagai perkembangan yang sihat dan positif.