Disebabkan faktor geologi dan kawasan yang begitu luas di Sarawak, isu perhubungan masih menjadi cabaran kepada penduduk di kebanyakan kawasan pedalaman negeri itu.
Di Sarawak tengah, umpamanya, perjalanan dari Sibu ke Matu di Mukah, memerlukan perjalanan darat dan dua buah feri yang mengambil masa kira-kira tiga jam.
Dari Sibu, krew Astro AWANI bergerak ke pengkalan Batang Paloh yang mengambil masa kira-kira sejam perjalanan melalui darat.
Sampainya di jeti, kami kemudian menaiki feri merentasi Sungai Paloh sebelum menyambung perjalanan di darat.
Kami seterusnya menariki feri kedua dari pengkalan Feri Muara Lassa.
Masa perjalanan menggunakan feri berkenaan kira-kira setengah jam merentasi Sungai Lassa yang begitu luas sebelum kami akhirnya tiba di Matu, Mukah.
Hakikatnya, inilah perjalanan yang terpaksa penduduk tempuhi setiap kali jika ingin ke bandar Sibu.
Menurut Yahya Samsu, 36, yang juga dalam perjalanan ke kampungnya di Tian, Matu, musim perayaan keadaan feri terutamanya akan sesak.
"Susah memang susah cabaran dia sebab kita menggunakan feri yang turut dipengaruhi faktor cuaca. Kalau cuaca tidak elok tidak dapat naik feri, sini ada gelombang. Jadi memang jauh dari penempatan apabila musim perayaan, memang jauh lah dari Sibu ke Matu," katanya.
Untuk pulang ke bandar Sibu, kami juga terpaksa menggunakan laluan yang sama, bermakna untuk ulang alik ke Matu sahaja ia mengambil masa setengah hari.
Dari Sibu ke Matu, Mukah, ia mengambil masa kira-kira 3 jam perlu menggunakan jalan darat dan bot di mana anda perlu naik feri dua kali untuk sampai ke Matu.
Ini menunjukkan betapa luasnya Sarawak ini dan isu perhubungan adalah cabaran dan musuh kepada calon-calon dalam bukan sahaja berkempen tetapi sebagai ADUN jika terpilih nanti.
*Untuk kisah-kisah rakyat Sarawak seperti yang dipaparkan wartawan Tan Su Lin dan liputan menyeluruh Sarawak Memilih, ikuti kami di saluran berita segenap dimensi 501 Astro AWANI atau layari sahaja astroawani.com. Anda juga boleh muat turun aplikasi Astro AWANI.
Tan Su Lin
Mon May 02 2016
Di Sarawak tengah, umpamanya, dari Sibu ke Matu di Mukah, memerlukan perjalanan darat dan dua buah feri yang mengambil masa kira-kira tiga jam. - Foto Astro AWANI / Tan Su Lin
Niaga AWANI: Harga bahan api: Mekanisme sesuai dilaksana, dorong guna tenaga lebih cekap
Bagi menyambut usaha tindakan perubahan iklim global, Malaysia menyasarkan untuk mencapai keseimbangan melalui pelaksanaan mekanisme penetapan harga bahan api yang bersesuaian dalam mendorong kepada penggunaan tenaga yang lebih cekap dan peralihan kepada RE; tetapi pada masa yang sama mengambil kira impak sosioekonomi terhadap rakyatnya.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Kuda lumba dikesan cuba 'curi-curi' naik kereta api
Haiwan itu dilihat muncul di stesen Warwick Farm di NSW dan berlari menuju ke garisan kuning platform seperti menunggu ketibaan kereta api.
Bajir Dubai: UAE masih bergelut selepas ribut
Operasi di lapangan terbang dan hab perjalanan utama kekal terganggu selepas ribut melanda Selasa lalu.
AWANI Pagi: Jom derma darah, jalankan tanggungjawab sosial anda
Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Nursyazwani Saiful Sham membincangkan mengenai kepentingan menderma darah khususnya untuk membantu mereka yang alami masalah darah disebabkan keturunan atau menghidapi kanser darah. Timbalan Pengarah I, Pusat Darah Negara KKM, Dr Tun Maizura Mohd Fathullah mengajak masyarakat di luar sana tampil menyahut seruan murni ini.
Piala Asia B-23: Indonesia ajar Australia cara main bola
Walaupun Australia mendominasi perlawanan pada separuh masa kedua, kehandalan benteng pertahanan Indonesia mudah mematahkan serangan demi serangan.
Situasi terkini letusan Gunung Ruang di Sulawesi
Untuk berkongsi perkembangan terkini letusan Gunung Berapi Ruang, di talian secara Google Meet ialah Feri Ariyanto, komunikasi badan nasional pencarian dan pertolongan (Basarnas) Manado Sulawesi.
Colombia bergelut masalah air, takungan negara kering
Fenomena El Nino melanda di Colombia pada penghujung 2023, menyebabkan suhu tinggi dan kemarau.
Letusan Gunung Ruang: Gelombang tsunami boleh capai 25 meter
Heruningtyas berkata, potensi tsunami ini mengancam di kawasan sebelah barat Pulau Tagulandang.
Iran beri amaran Israel terhadap tindakan ketenteraan lanjut
Iran memberitahu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) bahawa Israel mesti dipaksa untuk menghentikan sebarang operasi ketenteraan selanjutnya terhadap kepentingan Iran.
Penumpang kecewa penerbangan dibatalkan tanpa notis awal
Beberapa penumpang di Lapangan Terbang Sulawesi, Indonesia merungut penrbangan mereka dibatalkan tanpa notis awal susulan gunung berapi Ruang meletus sejak kelmarin sehingga mengeluarkan abu bahaya ke udara sekali gus membahayakan keselamatan.
Tak pakai pelitup muka, Awang Tengah sedia bayar kompaun
Timbalan Ketua Menteri Sarawak itu mengakui terlupa memakai kembali pelitup muka selepas makan.
Kampung Tian, Mukah diisytihar kawasan baharu rabies di Sarawak
Satu lagi kawasan baharu wabak Rabies di Kampung Tian, Matu, Mukah diisytiharkan di Sarawak menjadikan jumlah keseluruhan kawasan wabak tersebut di negeri itu kepada 64 kawasan.
Ibu bersama OKU rentung, rumah terbakar di Matu
Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Remlah Mesie 50-an (OKU) dan Sedah Sahari 80-an.
Jenazah Yahya dibawa pulang petang ini
Jenazah Yahya Ali, anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang yang maut semalam akan dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Tian, Matu, Sibu esok.
Pilihanraya Sarawak : Cabaran perhubungan buat penduduk dan bakal Adun
Disebabkan faktor geologi dan kawasan yang begitu luas di Sarawak, isu perhubungan masih menjadi cabaran kepada penduduk di kebanyakan kawasan.