Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bakal mengambil alih tampuk kepimpinan parti dilihat bukan sahaja memikul tanggungjawab mengetuai parti komponen terbesar Pakatan Harapan malah tugas lebih besar menanti iaitu untuk menangani budaya 'kem politik' dalam parti itu.
Tugas 'menjernihkan' budaya berpuak itu perlu dilakukan segera bagi mengelakkan risiko berlaku perpecahan dalaman parti pasca pemilihan PKR yang mungkin akan memberi kesan terhadap kedudukan kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Mengupas isu itu, penganalisis dan pemerhati politik, Dr Chandra Muzaffar berkata PKR sebagai parti komponen terbesar PH perlu segera 'mengubati' budaya tidak sihat itu sebelum ia menjadi kudis dalam parti.
"Hal sedemikian merupakan masalah besar bagi PKR serta kerajaan PH... ada kemungkinan berlaku perpecahan dalam parti, sekiranya (budaya) kem atau puak ini berterusan.
"Kini mereka (PKR) memegang kuasa (sebahagian daripada kerajaan) dan atas dasar itu PKR perlu mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi (budaya) kem politik bagi mengukuhkan kedudukan parti," katanya ketika dihubungi Bernama.
Mengulas lanjut, Chandra, yang juga bekas Timbalan Presiden PKR sebelum, mengumumkan keluar parti pada Disember 2001 mengakui budaya itu sudah wujud dalam PKR sejak awal penubuhannya, namun dilihat semakin serius pada masa ini.
"... ia bukan perkara baharu, cuma saya nampak sekarang (kem politik) jauh lebih teruk berbanding dahulu. Maka, perkara ini akan menjadi cabaran kepada barisan pemimpin baharu untuk menghadapinya pada masa akan datang, terutamanya selepas proses pemilihan PKR (tahun ini) selesai," katanya.
"Saya berharap para pemimpin utama PKR seperti (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) selaku presiden baharu perlu bersikap bebas dan neutral bagi mengatasi masalah kem dan puak dalam parti itu," tambahnya.
Persaingan sengit antara Anggota Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan bekas Anggota Parlimen Pandan Mohd Rafizi Ramli yang perebutan jawatan Timbalan Presiden dilihat secara tidak langsung mewujudkan 'kem' dalam parti.
Kelantangan Rafizi mengkritik proses pemilihan parti dan dakwaan Azmin sebagai individu yang akrab dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya tidak disenangi oleh pengikut setia Anwar antara 'drama' yang menjadi perhatian umum sepanjang proses pemilihan PKR.
Menjelang Kongres Nasional PKR pada Jumaat ini, keputusan akhir tidak rasmi yang dipaparkan menerusi laman Twitter 'Pemilihan KEADILAN 2018' menyatakan Mohamed Azmin, yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi, mendahului dengan 70,550 undi mengatasi Rafizi (66,594 undi) untuk menempah kerusi Timbalan Presiden.
Sementara itu, profesor di Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Zaid Ahmad dan Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Sivamurugan Pandian bersetuju pasca pemilihan PKR, Anwar perlu melaksanakan proses pendamaian dalam kalangan kepimpinan tertinggi parti hingga anggota di peringkat cabang.
Zaid menjelaskan walaupun Anwar seperti tidak memperlihatkan campur tangannya pada proses pemilihan dengan tidak memihak kepada mana-mana individu sebagai tanda demokrasi, namun beliau perlu lebih tegas pasca pemilihan nanti.
"Anwar perlu bijak menangani pihak dan penyokong yang kalah supaya selepas pemilihan ini mereka masih rasa diperlukan dan dihargai oleh parti. Dia (Anwar) mesti berupaya lakukan pendamaian agar ahli parti dapat kembali bekerja bersama-sama dan tinggalkan segala persaingan ketika pemilihan untuk mengukuhkan parti menuju PRU15," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, Sivamurugan berpendapat langkah merapatkan saf kepimpinan PKR bukan sahaja pada aspek perpaduan pemimpin tertinggi malah literasi politik dan matlamat parti harus dididik dalam kalangan anggota agar mereka memahami jawatan dan pangkat bukan perkara penting dalam perjuangan.
Tambahnya, Anwar harus pastikan tindakan segera untuk kembalikan perpaduan dalam parti dan yang kalah harus menerima hakikat (kekalahan), manakala yang menang tidak boleh pinggirkan yang kalah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 15 2018
Tugas 'menjernihkan' budaya berpuak itu perlu dilakukan segera bagi mengelakkan risiko berlaku perpecahan dalaman parti pasca pemilihan PKR. - Gambar fail/Bernama
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Seorang lelaki dan wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, pada Rabu.
MCMC kesan individu salah guna AI, sunting gambar aib - Fahmi
Langkah itu bertujuan membolehkan tindakan tegas diambil serta memastikan keselamatan pengguna dalam talian khususnya kanak-kanak, terjamin.
[TERKINI] Mahkamah: Suspek tembak KLIA dituduh cuba bunuh isteri
Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didakwa lagi hari ini di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan termasuk cuba membunuh isterinya.
[TERKINI] Reman terhadap anak seorang MB disambung sehari lagi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperoleh tempoh lanjutan tahanan reman terhadap anak Menteri Besar dan empat lagi suspek bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen dalam membuat tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
AWANI Ringkas: Akaun 3 KWSP diumum
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Barcelona: Xavi buat pusingan-U
Khabar angin bertiup bahawa pengurus Barcelona, Xavi, akan meneruskan peranannya pada musim depan selepas mengubah fikirannya.
Bank Indonesia naikkan kadar faedah kepada 6.25 peratus, dijangka terakhir bagi 2024
Kenaikan kadar faedah utama Bank Indonesia kepada 6.25 peratus pada Rabu, berkemungkinan besar menjadi yang pertama dan terakhir untuk bank itu bagi 2024.
Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel berlabuh wajar dicontohi
Tindakan kerajaan Malaysia melarang syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel iaitu ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan di negara itu, wajar dijadikan contoh.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Agong berkenan meriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidilfitri Kementerian Perpaduan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidifitri Kementerian Perpaduan Negara.
PM Anwar meriahkan sambutan ulang tahun ke-15 UKAS
Perdana Menteri menyantuni Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) di bawah Jabatan Perdana Menteri, yang menyambut ulang tahun ke-15 mereka.
PM Anwar tubuh Jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri - PMO
Perdana Menteri menubuhkan Jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri untuk memberi khidmat nasihat terkait soal pembangunan negara dan daya tahan ekonomi.
KL20 2024: Pelabur asing iktiraf masa tepat untuk melabur di Malaysia - PM
Ia bersandarkan kepada kestabilan dalam kerajaan dan tadbir urus yang baik, selain sifat pro-perdagangan dan pendirian neutral oleh Malaysia.
Sidang Kemuncak KL20 2024 bermula hari ini
Sidang kemuncak dua hari itu bakal mendedahkan kertas tindakan KL20 yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Isu DNB diputuskan minggu depan - Anwar
Isu berhubung dakwaan Digital Nasional Bhd (DNB) bertindak tidak telus dalam menjalankan operasi dalaman, akan diputuskan kerajaan pada minggu depan.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendirian Malaysia kekal tegas dalam isu Palestin - Duta Malaysia ke Turki
Pendirian Malaysia dalam isu melibatkan kekejaman rejim Israel terhadap penduduk di Gaza kekal tegas di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PRK Kuala Kubu Baharu: Presiden MIC janji turun berkempen esok - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan yang mengatakan MIC tidak akan turun berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Agenda reformasi kerajaan adalah tekad politik bantu rakyat - Anwar
Agenda reformasi yang dilaksanakan Kerajaan Madani merupakan tekad politik untuk membantu golongan rakyat yang memerlukan.