Politik di Sabah memang unik - Darell Leiking

Politik di Sabah memang unik - Darell Leiking
LEIKING: Sabah ialah unik dan saya rasa kita sedang hidup dalam ekosistem yang baik dan di sana (hubungan) antara parti politik tiada isu. - Gambar fail/BERNAMA
KANGAR: Timbalan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Darell Leiking menegaskan pakatan yang wujud antara Warisan dan Pakatan Harapan Sabah teguh dan mengangapnya sesuatu yang sangat unik.

Tambah Darrel, keunikan pakatan terbabit adalah disebabkan kesemua parti kerajaan di Sabah termasuk Warisan mempunyai akar umbi yang kuat dan keterbukaan parti untuk menerima keahlian dari pelbagai jenis suku kaum di negeri itu.

Jelasnya, beliau tidak menolak kemungkinan kesemua parti gabungan Pakatan Harapan dan Warisan akan menggunakan satu logo dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.
"Sekarang ini kerajaan Sabah diketuai oleh Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri dan parti yang memimpin Sabah adalah Parti Warisan Sabah bersama kerjasama Pakatan Harapan.

“Sabah ialah unik dan saya rasa kita sedang hidup dalam ekosistem yang baik dan di sana (hubungan) antara parti politik tiada isu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr Jaujan Sambakong mengenai keutuhan gabungan yang terjalin menghasikan kemenangan besar DAP dalam pilihan raya kecil (PRK) Sandakan, pada Sabtu.

Dalam perkembangan sama, Darell menyatakan beliau masih tidak menerima sebarang maklumat dan tidak mengetahui apa-apa mengenai kenyataan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador tentang larangan pegawai polis Cawangan Khas (SB) dari memasuki sidang media yang diadakan parti tersebut.



Tag: politik di Sabah, Parti Warisan Sabah, Warisan, politik Sabah unik, Darell Leiking, Pakatan Harapan Sabah, Pakatan Harapan, Mohd Shafie Apdal, PRK Sandakan


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.