Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah mengakui bahawa elemen politik wang bukan lagi sebagai kekotoran dalam parti, sebaliknya ia kini adalah kanser yang perlu dikikis.





Pandangan Tengku Razaleigh itu turut disambut Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan ketaatan atau wala' kepada pemimpin ada tempatnya dan bukan membuta tuli sehingga membisukan perkara yang salah.



Sementara itu, Datuk Seri Ahmad Zahid menjelaskan perubahan yang perlu dibuat harus dilakukan perlu dilihat secara teliti terutama dengan mengangkat pemimpin yang berjuang atas nama agama dan bangsa Melayu dan yang mampu merakyatkan UMNO.



Tengku Razaleigh, Ahmad Zahid dan Khairy Jamaluddin berkata demikian ketika muncul dalam rancangan khas Debat Presiden UMNO langsung di Astro AWANI pada Jumaat.

BACA: Lapor langsung Debat Presiden UMNO 2018