Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak akan mampu mencorak pentadbiran negara terutama melaksana inisiatif memperjuang nasib orang Melayu dan masyarakat keseluruhannya seperti telah dilakukan UMNO sekiranya pakatan pembangkang memenangi pilihan raya umum (PRU) dan membentuk kerajaan.
Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata ini kerana PPBM, yang dipresidenkan Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilihat tidak akan mempunyai kerusi Parlimen majoriti dalam kerajaan pakatan pembangkang untuk mencorak pentadbiran, malah dilihat agak sukar mendapat laluan parti lain untuk bertanding dalam PRU akan datang.
"Muhyiddin kata parti dia (PPBM) akan ganti perjuangan UMNO, kalau nak ganti UMNO berapa kerusi dia dapat bakal bertanding (PRU akan datang) adakah DAP, Amanah, PKR dan PAS akan beri laluan kepada dia, sudah tentu tidak.
"Kalau (PPBM) boleh menang paling banyak 50 kerusi (Parlimen) adakah parti ini boleh menentukan corak pentadbiran negara, kalau tidak boleh jadilah parti si luncai yang menang sorak kampung tergadai," katanya di sini malam ini.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Pemimpin Bersama Akar Umbi Peringkat Negeri Melaka di Ayer Keroh di sini yang turut dihadiri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka.
Annuar berkata UMNO ditubuhkan atas dasar perjuangan membela Melayu dan masyarakat negara ini secara keseluruhannya, maka mana mungkin parti yang dibina atas dasar kemarahan beberapa individu tertentu seperti PPBM dapat menggantikan UMNO.
Bahkan UMNO tidak akan tergugat dengan kewujudan PPBM, katanya.
Beliau berkata tindakan anggota UMNO yang bertindak keluar parti dilihat seperti proses pembersihan dalam parti kerana anggota yang tidak setia dalam perjuangan parti sekiranya dibiarkan akan menjadi duri dalam daging.
"Bagus juga ada parti seperti ini (PPBM) yang membersihkan, mencuci ahli dalam parti kita, seperti 'parti majlis bandar raya'," katanya.
Sementara itu ketika ditemui pemberita selepas majlis tersebut, Annuar berkata politik kebencian yang cuba disemai pembangkang kepada rakyat bagi meraih sokongan politik amat dikesali.
"Tindakan mereka (pembangkang) keluar dewan ketika pembentangan Bajet 2017 jelas menunjukkan rasa tidak hormat mereka kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan mengadakan demonstrasi jalanan ini semua jelas menunjukkan mereka menyemai politik kebencian kepada rakyat," katanya.
Beliau berkata rakyat perlu menolak politik kebencian itu bagi memastikan negara tidak tergadai dan hancur dek kerana mainan politik pembangkang. -- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 24 2016
Ketua Penerangan UMNO Malaysia Tan Sri Annuar Musa (kiri) berucap di hadapan anggota UMNO pada majlis Pimpinan Bersama Akar Umbi di Dewan Sri Bendahara malam tadi. - Foto Bernama
Malaysia gesa masyarakat antarabangsa terus menekan Israel
Wisma Putra menjelaskan keganasan Israel terhadap Palestin di Gaza yang menyebabkan kini dilanda kebuluran, malnutrisi dan penyakit.
10 Berita Pilihan - (29 Mac 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kementerian bercadang anjur jelajah tingkat kesedaran kanak-kanak guna media sosial - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata beliau telah berhubung dengan pejabat Menteri Pendidikan bagi menyatakan hasrat itu.
Sistem PADU selamat - Fahmi
Antara pihak yang terlibat dalam menguruskan keselamatan siber negara termasuklah Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Cybersecurity Malaysia.
Tumpuan Sabtu - 30 Mac 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
KPM pertimbang perjawatan warden bukan dalam kalangan guru
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedia mempertimbangkan untuk mewujudkan perjawatan warden bukan dalam kalangan guru di sekolah berasrama, dalam menangani pelbagai isu termasuk kes buli.
Seluruh Perlis, 30 kawasan lain catat suhu panas tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Suhu panas tahap satu atau berjaga-jaga merujuk kepada suhu maksimum harian 35-37 darjah Celsius bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
Louis Gossett Jr meninggal dunia pada usia 87 tahun
Louis Gossett Jr., lelaki kulit hitam pertama memenangi Anugerah Akademi sebagai pelakon pembantu terbaik, meninggal dunia pada usia 87 tahun.
Anggota polis maut dalam perjalanan bertugas
Seorang anggota polis maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 6, Jalan Bahau-Kemayan tengah hari tadi.
Wanita Malaysia perlu peka terhadap golongan memerlukan - Dr Wan Azizah
Wanita di Malaysia perlu sentiasa peka dan membuat kebaikan kepada golongan yang memerlukan lebih-lebih lagi pada Ramadan ini, kata isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.
Pengarah Hydroshoppe dapatkan pasport untuk lawatan kerja
Mahkamah membenarkan Pengarah Hydroshoppe, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh mendapatkan sementara pasport.
Nik Elin sah ahli Muafakat Nasional
Peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid mengesahkan beliau merupakan ahli Muafakat Nasional (MN).
Annuar Musa bidas Rafizi, tegaskan Pas paling tersusun
Annuar membidas kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berhubung dakwaan parti Islam berkenaan tidak mempunyai kekuatan organisasi dan kelebihan bakat.
Shahidan, Annuar dilantik AJK Pas Pusat
Pelantikan tersebut dicadangkan serta dipersetujui berdasarkan peruntukan Fasal 25 dan 26 Perlembagaan parti berkenaan.
Politik tidak akan stabil selagi Melayu tak bersatu - Annuar
Melayu sebagai kaum majoriti mesti menjadi teras atau tapak utama dalam landskap politik Malaysia yang mempunyai kuasa dominan.
PRK di Johor sambungan referendum rakyat - Annuar
Annuar berkata, tidak lengkap referendum itu sekiranya tidak disertai rakyat Johor yang turut memberi isyarat sama.
Pengarah syarikat gagal batal tuduhan tawar suapan berhubung ambil alih konsesi Menara KL
Mahkamah hari ini menolak permohonan seorang pengarah syarikat untuk membatalkan pertuduhan menawarkan suapan RM500,000 berhubung proses pengambilalihan konsesi Menara Kuala Lumpur.
PRN: Eizlan Yusof hilang suara bantu kempen
Datuk Seri Eizlan Yusof, 52, hampir hilang suara susulan turut berkempen bersama-sama Tan Sri Annuar Musa untuk Perikatan Nasional (PN) sempena pilihan raya negeri (PRN) sejak Julai lalu.
UMNO terus jadi 'alat' DAP jika menang PRN - Annuar
Dengan cara itu, Annuar berkata UMNO akan sedar bahawa rakyat menolak parti itu yang dipimpin oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.