Gabungan pakatan pembangkang, Pakatan Harapan, ditubuh bukan untuk kebenaran, sebaliknya hanya mempunyai satu matlamat iaitu demi kuasa, kata Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata demi kuasa, kedua-dua pemimpin tertinggi pakatan harapan iaitu pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga bekas anggota UMNO, sanggup mengkhianati parti yang pernah dianggotai mereka sebelum ini.
"Prinsip pakatan harapan bukan demi masa depan negara tetapi bekerja demi kuasa masing-masing. Mahathir dan Anwar Ibrahim adalah bekas pemimpin UMNO dan kini mereka dalam usaha memecahkan UMNO dan orang Melayu.
"Kita tidak boleh ada kerajaan yang ditubuhkan atas asas dan prinsip nak kuasa, sebab itu bukan asas kepada mana-mana parti yang menubuhkan kerajaan," katanya berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kepala Batas di sini hari ini.
Baru-baru ini, Pakatan Harapan melancarkan logo baharu dan mengumumkan barisan Majlis Presiden mereka yang dipengerusikan Dr Mahathir, Anwar sebagai Ketua Umum, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai presiden dan tiga timbalan presiden iaitu Lim Guan Eng, Mohamad Sabu dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Khairy berkata segala kemajuan, keharmonian dan kebaikan yang dibina kerajaan BN sejak 60 tahun memerintah negara akan musnah jika negara diperintah oleh parti atau gabungan parti yang berasaskan inginkan kuasa.
Sambil menyifatkan pilihan raya umum akan datang sebagai 'bapa' kepada segala pilihan raya, beliau menggesa orang Melayu supaya bersatu dan berganding bahu untuk menyokong calon-calon BN bagi memastikan kesinambungan kemajuan yang dinikmati selama ini.
Demi masa depan negara dan bangsa, rakyat khususnya orang Melayu harus bertindak bijak untuk mengundi pada pilihan raya umum nanti dan bukan memberi sokongan kepada pemimpin-pemimpin yang dikitar semula, katanya.
"Orang Melayu kini telah berpecah dan mereka kini mempunyai lima pilihan parti yang perlu dibuat dalam PRU nanti iaitu UMNO, PAS, PKR, Amanah dan Bersatu.
"Saya harap semua anggota UMNO harus menggunakan masa ini untuk bekerja keras meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat supaya dapat dilihat oleh orang luar nanti. Kalau boleh melakukannya, sokongan orang Melayu akan kembali dan mereka akan hanya satu pilihan pada PRU nanti, iaitu UMNO," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 23 2017
Khairy berkata segala kemajuan, keharmonian dan kebaikan yang dibina kerajaan BN sejak 60 tahun memerintah negara akan musnah jika negara diperintah oleh parti atau gabungan parti yang berasaskan inginkan kuasa.
Pukul warga emas, polis tahan pemilik, pembantu rumah kebajikan
Beliau berkata siasatan mendapati punca kejadian adalah disebabkan mangsa yang nyanyuk dikatakan sering mendatangkan masalah.
Najib tak pernah arah pengurusan 1MDB pindah AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho Low - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengarahkan mana-mana individu daripada pengurusan 1MDB untuk memindahkan AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho low.
AWANI Ringkas: SPRM sahkan Tun M antara disiasat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
CEO Microsoft Satya Nadella dijadual lawat Malaysia pada 2 Mei
Lawatan ke Malaysia itu merupakan sebahagian daripada jelajah Asia Tenggara beliau.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita - Noraini
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi menangani cabaran industri dengan berkesan.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Nahas helikopter Lumut: Hina anggota TLDM terkorban, polis siasat Saifuddin Shafik
Polis menyiasat pemilik akaun, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik hantaran jelik berkaitan insiden kemalangan melibatkan helikopter TLDM.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
Pantau Agenda Reformasi: Misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza
Pantau Agenda Reformasi hari ini membawakan Profesor Hubungan Antarabangsa di Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa di UNISZA, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, yang juga merupakan bekas peserta misi Flotilla ke Gaza pada 2018, berkongsi pengalamannya ketika ditahan pihak rejim Israel sewaktu misi tersebut. Antara lain perbincangan tertumpu ke arah aspek hubungan antarabangsa serta undang-undang di perairan antarabangsa.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).