Jika calon Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau sibuk berkempen dari rumah ke rumah dan memberi ceramah, tetapi tidak calon Bebas, R Malar.

Beliau sebaliknya memilih melancarkan manifestonya dengan menggunakan pendekatan berbeza iaitu menerusi tayangan video.

Meskipun serba kekurangan dengan hanya ditemani meja dan komputer riba, namun beliau seperti biasa cukup yakin dan bersemangat.

Jumlah kehadiran para media lebih ramai dari pengundi, namun majlis tetap diteruskan.

BACA: Malarvizhi jumpa pengundi dengan bibir disepit

Turut hadir menyaksikan pelancaran manifesto suri rumah itu adalah calon Bebas PRK Semenyih, Kuan Chee Heng atau Uncle Kentang.

Antara yang diketengahkan Malar adalah konsep kitar semula, baik pulih jalan raya, dan membaik pulih sistem pengangkutan yang lebih efisien dan masalah banjir.

TONTON: 'Uncle Kentang' turun kempen calon Bebas DUN Rantau

Malar turut memperkenalkan pasukannya yang terdiri daripada dua orang sambil berharap bermula malam ini keadaan akan berubah.

"Walaupun saya lancarkan manifesto dari pekan Rantau ini tak bermakna saya tak pedulikan kawasan lain.

"Anda di seluruh pelusuk N27, luar negeri atau negara dan yang sedang tengok saya di Internet bahawa saya sedang junjung anda di dalam hati saya,"katanya.

BACA: PRK DUN Rantau menyaksikan pertembungan empat penjuru

Menurutnya, sebagai calon Bebas, beliau hanya mampu menggunakan setakat kemampuan yang ada dan sebab itu bantuan diperlukan.

"Sebab itu saya bagi kad bisnes dan catatan saya nak sumbangan," katanya.

Malar antara dua calon bebas yang bertanding di PRK DUN Rantau selain Mohd Nor Yassin.

BACA: PRK Rantau: Nanti kita 'kambingkan' dia - Mohamad Hasan