Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis sangat signifikan bagi melihat sejauh mana sokongan rakyat terhadap program dan inisiatif dilakukan kerajaan dalam membangunkan negeri ini, kata Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata pilihan raya kecil itu juga menjadi medan ujian bagi melihat apa dinyatakan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, diterima dan dijadikan asas pegangan dalam menentukan hala tuju Sabah ke arah lebih gemilang pada masa depan.
"Sebab itu, walaupun ini pilihan raya kecil tetapi besar signifikannya ...antara perkara agak penting untuk saya peringatkan semula bahawa Pilihan Raya Umum (PRU) lepas sudah setahun sembilan bulan dengan rakyat membuat keputusan besar dalam sejarah negara, berlaku perubahan luar biasa,.
"Bukan kerana Pakatan Harapan (PH) di peringkat nasional atau Parti Warisan Sabah (Warisan) di Sabah tetapi suatu kesedaran rakyat bahawa kepincangan, salah guna kuasa, rasuah dan masalah besar telah dilakukan oleh kepimpinan Barisan Nasional (BN) harus ditolak oleh rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada ceramah umum Warisan yang turut dihadiri Mohd Shafie yang juga presiden Warisan di Bongawan Plaza dekat sini, malam tadi.
Muhyiddin yang juga timbalan presiden PH berkata rakyat sebenarnya membuat suatu keputusan amat besar ertinya pada PRU lepas dalam menentukan kepimpinan negara selepas lebih 60 tahun di bawah BN.
Katanya tidak dinafikan ketika BN mentadbir negara, parti itu melaksana kemajuan, pembangunan dan perkara yang memberi manfaat kepada rakyat, namun disebabkan kerakusan kuasa serta mahu hidup mewah, mereka lupa tanggungjawab sebagai pemimpin dalam parti dan kerajaan.
"Mereka (BN) salah guna kedudukan mereka, samun harta rakyat dan disebabkan itu bangkit semangat baharu dalam kalangan rakyat Malaysia untuk tolak BN.
"Persoalannya, PRK ini (Parlimen Kimanis) kita (Warisan) akan menentang BN ...soalan mudah saya nak tanya selaku pengundi Kimanis apakah mahu kembalikan seorang individu atas tiket BN untuk menjadi wakil rakyat saudara ...mesti jawabnya tidak mahu sejarah lampau berulang kembali," katanya.
Muhyiddin yakin kepimpinan Mohd Shafie yang mentadbir kerajaan negeri Sabah berada dalam situasi baik walaupun menghadapi cabaran dan kesukaran disebabkan oleh kepincangan dilakukan pentadbiran kerajaan negeri sebelum ini.
Pada PRK Kimanis 18 Jan ini, calon Warisan Datuk Karim Bujang, 67, dicabar calon BN Datuk Mohamad Alamin, 48.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 12 2020
Muhyiddin yang juga timbalan presiden PH berkata rakyat sebenarnya membuat suatu keputusan amat besar ertinya pada PRU lepas dalam menentukan kepimpinan negara selepas lebih 60 tahun di bawah BN. -Foto ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Nahas helikopter Lumut: Jasad Sivasutan selamat disemadikan
Jasad mendiang turut diberikan kawalan kehormat oleh 14 pegawai dan anggota TLDM sebagai penghormatan terakhir.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).