Calon-calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson mula menghantar borang pencalonan di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) pagi ini.

Calon Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan borang pencalonannya pada jam 9:20 pagi selepas calon Bebas Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Seorang lagi calon, Saiful Bukhari Azlan masuk ke dewan ketika Anwar sedang menghantar borang pencalonan dan mereka selepas itu berjabat tangan.

Ini merupakan kali pertama selepas kes mahkamah mereka di mana Anwar dan Saiful dilihat dalam tempat yang sama.

Sebelum itu, calon Bebas Lau Seck Yan juga telah menghantar borang pencalonan serta calon Pas Mohd Nazari Mokhtar.

Ini senarai calon yang dilihat sudah tiba di pusat pencalonan setakat jam 9.45 pagi:

1. Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH)
2. Lau Seck Yan (BEBAS)
3. Chan Keng Leong (BEBAS)
4. Tan Sri Isa Samad (BEBAS)
5. Kan Chee Yuen (BEBAS)
6. Mohd Saiful Bukhari Azlan (BEBAS)
7. Mohd Nazari Mokhtar (Pas)

Pusat penamaan calon akan ditutup pada pukul 10 pagi.