Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim pada akhir bulan ini perlu dijadikan sebagai medan untuk mencari titik persamaan dan kesepakatan antara Barisan Nasional (BN), PAS serta Bersatu, kata Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata kesepakatan BN menerusi UMNO bersama PAS dalam Muafakat Nasional terbukti menerusi beberapa PRK sebelum ini, manakala kerjasama dengan Bersatu sebagai gabungan dalam Perikatan Nasional telah diterjemahkan buat julung kalinya semasa PRK DUN Chini, bulan lepas.
"Ada hikmahnya PRK ini. Titik persamaan akan menjadi keutamaan atau kebersamaan untuk menentukan kerjasama selama ini," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Jentera BN PRK Slim dan Penyerahan Bahagian Angkat di Dewan Felda Jaya, Trolak di sini, hari ini.
Ahmad Zahid yang juga presiden UMNO berkata PRK Slim tidak boleh dilihat dalam skop yang kecil, sebaliknya sebarang keputusan pada PRK itu 29 Ogos ini akan menjadi petunjuk sekiranya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan diadakan dalam masa terdekat.
Beliau juga optimis calon BN yang akan diumumkan pada 12 Ogos ini bakal mempertahankan kerusi DUN Slim dengan adanya sokongan daripada pengundi PAS dan Bersatu yang sebelum ini menyokong wakil parti masing-masing semasa PRU14.
"(DUN) Slim ada 13 Pusat Daerah Mengundi (PDM), semasa PRU14, enam kita kalah kerana ketika itu pertandingan tiga penjuru menentang PAS dan Bersatu. Tapi dengan kerjasama sekarang, kita (yakin) bukan setakat menang (PRK) tapi akan rampas semula enam PDM yang kita kalah," katanya.
Ahmad Zahid juga meminta kerajaan negeri dan Persekutuan supaya mengatasi serta menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi oleh penduduk di Slim bagi memastikan kepuasan hati para pengundi di DUN tersebut.
Bagaimanapun, beliau mengingatkan supaya tiada jentera atau kemudahan kerajaan yang digunakan sepanjang tempoh kempen PRK itu yang akan bermula selepas penamaan calon pada 15 Ogos ini bagi mengelak ia dijadikan isu oleh segelintir pihak.
"Saya nasihatkan....(anggota) jentera (pilihan raya) yang datang ...hormat budaya setempat, nilai tradisi yang bersopan santun. Kita mahu yakinkan pengundi Slim ...pembangunan akan terus berjalan," katanya.
Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Ahmad Zahid berkata BN tidak boleh terlalu selesa dengan keputusan PRU14 di DUN tersebut sebaliknya perlu berusaha untuk memastikan kerusi DUN Slim dapat dikekalkan selain berlapang dada menentang mana-mana calon sama ada daripada parti atau atas tiket Bebas.
PRK DUN Slim akan diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, 59, pada 15 Julai lepas yang semasa PRU14 menang dengan majoriti 2,183 undi menewaskan calon Bersatu yang bertanding atas tiket PKR, Mohd Amran Ibrahim dan calon PAS, Muhammad Zulfadli Zainal.
Perak mempunyai 59 kerusi DUN dan daripada jumlah itu 32 membentuk Perikatan Nasional terdiri daripada 25 BN yang kesemuanya UMNO, Bersatu (empat), PAS (tiga) manakala DAP (16), Amanah (lima), PKR (tiga), Bebas (dua) serta Gerakan (satu).
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 09 2020
Zahid optimis calon BN yang akan diumumkan bakal mempertahankan kerusi DUN Slim dengan adanya sokongan daripada pengundi PAS dan Bersatu. - Bernama
Lebih 14,000 kanak-kanak dibunuh di Gaza, Israel telah mengalahkan Hitler - Presiden Turki
Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai yang merupakan aib dalam sejarah manusia, baik di Gaza dan Tebing Barat, tegas Erdogan.
14 orang cedera dalam serangan Hizbullah ke atas pusat komando Israel
Hizbullah sifatkan, serangan itu "sebagai tindak balas kepada pembunuhan beberapa pejuang penentangan."
Israel akan mempertahankan dirinya sendiri - Benjamin Netanyahu
Israel akan membuat keputusan sendiri dan akan melakukan segala yang diperlukan untuk mempertahankan diri.
Kerajaan Perak bantu pelajar bawa pulang kitab Turath
Kerajaan negeri Perak menghargai jasa pelajar tajaan MAIPk itu yang bersungguh-sungguh mengumpulkan khazanah berharga tersebut.
FAM mahu persatuan, kelab belia kreatif lahirkan pemain berkualiti
Negara tidak seharusnya terlalu bergantung kepada bakat di sekolah sukan atau Akademi Mokhtar Dahari dalam melahirkan bintang bola sepak.
Manja Man pengendali baharu Kelantan FC
Bekas pemain pertahanan itu yakin Kelantan memiliki bakat muda yang mampu dibentuk menjadi pemain bernilai bagi pasukan kembali digeruni.
10 peratus daripada 1,900 premis di Selangor tidak patuhi piawaian FC
Selain tidak melaksanakan latihan kebakaran, premis berkenaan juga didapati tidak akur dari segi piawaian pengubahsuaian bangunan.
IMF semak naik unjuran KDNK Malaysia kepada 4.4 peratus bagi 2024
IMF menerusi Tinjauan Ekonomi Dunia terbaharunya juga menjangkakan pertumbuhan KDNK kekal pada 4.4 peratus dalam 2025.
Lelaki ditemui mati dengan 10 tetakan, seorang dicekup
Mangsa yang berbangsa Kayan, berusia 57 tahun, disyaki diserang menggunakan objek tajam.
Parti politik India perhebat dekati pengundi, bagi pusingan pertama pilihan raya kebangsaan
Modi berkata kerajaannya terus berusaha untuk pembangunan ekonomi wilayah timur laut itu.
Tahun Baharu Tamil, Hari Vishu diharap bawa permulaan hidup harmoni - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata kedua-dua sambutan itu mempunyai keunikan budaya dan sejarahnya yang tersendiri.
RM57.15 juta untuk tingkat pengeluaran getah asli negara melalui Petara - Zahid
KKDW melalui RISDA memperuntukkan RM57.15 juta sebagai permulaan usaha meningkatkan pengeluaran hasil getah asli negara, melalui program Petara.
TPM, Jemaah Menteri ucap selamat menyambut Nuzul al-Quran
Ahmad Zahid berkata, al-Quran adalah petunjuk dan membimbing manusia ke arah kebaikan dan kebenaran serta meningkatkan keimanan.
KEDA perlu utamakan keberkesanan projek dilaksanakan - Ahmad Zahid
Peruntukan besar yang disalurkan kerajaan Persekutuan kepada Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) harus disusuli dengan keberhasilan dan keberkesanan projek yang dilaksanakan.
Stoking tertera kalimah Allah: Ahmad Zahid minta semua pihak patuhi titah Agong
Ahmad Zahid menegaskan isu tersebut harus diselesaikan dengan sebaiknya supaya tidak timbul sebarang permasalahan, apatah lagi dikaitkan dengan sentimen 3R.
Bukan UMNO runtuhkan Muafakat Nasional - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan bahawa bukan parti itu yang meruntuhkan Muafakat Nasional (MN).
22 juta umat Islam belanja RM5.4 bilion di bazar Ramadan - Ahmad Zahid
Justeru, Ahmad Zahid mengingatkan kepada umat Islam agar bersederhana ketika berbelanja pada bulan puasa dan mengelak pembaziran.
Presiden UMNO adakan pertemuan tertutup bersama 14 ketua bahagian di Kelantan
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengadakan perjumpaan tertutup bersama 14 Ketua UMNO Bahagian Negeri Kelantan.
KEB: 74 resolusi, 150 program dimuktamadkan hari ini - Ahmad Zahid
Resolusi dan program itu, telah dirangkumkan di bawah Transformasi Ekonomi Bumiputera.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.