Pengumuman calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi Pilihan Raya Kecil PRK Sungai Kandis akan diketahui selewat-lewatnya Jumaat ini.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata mesyuarat bagi memuktamadkan nama calon telah dibuat pada malam Selasa.

"Kita telah memuktamadkan siapa calon yang bakal bertanding pada PRK Sungai Kandis.

"Nama calon akan kita sama ada esok (Khamis) atau pun Jumaat," jelasnya yang ditemui selepas Majlis Menyantuni dan Menyemarakkan Inisiatif Peduli Rakyat Dun Sungai Kandis di sini hari ini.

Pada majlis tersebut Kerajaan Negeri menyampaikan sumbangan bernilai RM825,000 merangkumi Insentif Perkahwinan Belia, Pemberian Baucer Pembiayaan Hijrah, Skim Peduli Sihat dan Pemberian Hadiah Pengajian.

Ditanya sama ada calon merupakan anak tempatan, ini jawapan beliau.

"Calon adalah seorang warganegara Malaysia dan akan diketahui dalam satu atau dua hari lagi," jelasnya.