Tutup

PRK Sungai Kandis: Wan Azizah rayu pengundi keluar mengundi

PRK Sungai Kandis: Wan Azizah rayu pengundi keluar mengundi
Dr Wan Azizah Wan Ismail merayu pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis keluar menunaikan tangungjawab bagi memilih wakil rakyat kawasan itu. -Gambar fail
KLANG: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merayu pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis keluar menunaikan tangungjawab bagi memilih wakil rakyat kawasan itu.

Dr Wan Azizah yang juga presiden PKR berkata ini berikutan peratusan keluar mengundi sehingga tengah hari ini hanya mencapai 31 peratus.

"Saya difahamkan kehadiran pengundi setakat jam 1 tengah hari hanya mencapai 31 peratus.

"Cuaca diramalkan hujan pada sebelah petang. Saya merayu supaya pengundi turun menunaikan tanggungjawab segera," katanya menerusi Twitter hari ini.

SPR sebelum ini menyasarkan 80 peratus keluar mengundi pada pilihan raya kecil (PRK) kawasan itu yang diadakan berikutan kematian penyandangnya Mat Shuhaimi Shafiei akibat kanser limfoma pada 2 Julai lepas.

PRK itu menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon PKR Mohd Zawawi Ahmad Mughni dengan calon BN, Datuk Lokman Noor Adam dan calon Bebas, K. Murthy.

-- BERNAMA