Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) Datuk Seri Anifah Aman tampil dengan usaha terakhir untuk berkempen menerusi status yang dimuat naik di Facebook beliau.

Menerusi kempen itu, bekas Menteri Luar itu juga mengkritik blok Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Warisan Plus serta meminta agar semua pengundi hanya mengundi PCS.

Beliau juga mengkritik naratif kempen yang diketengahkan kedua-dua blok berkenaan.

"Marilah kita pastikan perjuangan menuntut kembali hak kita seperti yang termaktub dalam Perlembagaan benar-benar terlaksana.

"Saya ingin menyeru anak-anak Sabah sekalian untuk mengundi PCS.

"Jangan undi Warisan Plus, jangan undi BN atau GRS!" rayu Anifah dalam kenyataan berkenaan.

Anifah merupakan adik kepada bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman.

Beliau memenangi kerusi Parlimen Kimanis pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) atas tiket Barisan Nasional (BN) namun umum keluar parti dan menjadi wakil bebas pada September 2018 sebelum umum menyertai

Pada Pilihanraya Negeri Sabah kali ini, PCS berentap di semua kerusi yang dipertandingkan melibatkan 73 Dewan Undangan Negeri (DUN).