Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkemungkinan besar boleh membentuk kerajaan negeri Sabah yang baharu selepas memperoleh majoriti mudah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 setakat pukul 11.30 malam ini.

Ia susulan gabungan itu menang 37 daripada 65 kerusi yang sudah diumumkan secara rasmi setakat ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, gabungan itu memperoleh 37 masing-masing daripada Perikatan Nasional (17 kerusi), Barisan Nasional (14 kerusi) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) (enam kerusi).


"Parti Warisan Sabah (24 kerusi), Bebas (dua kerusi) sementara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan UPKO masing-masing satu kerusi," katanya pada sidang media malam Sabtu.

Setakat ini, lapan lagi kerusi DUN belum diumumkan secara rasmi oleh SPR