Selepas penantian hampir lima tahun, pilihan raya negeri, PRN Sarawak ke-11 bakal membuka tirai dengan hari penamaan calon hari ini.

PRN kali ini turut menyaksikan ramai calon yang menawarkan diri untuk bertanding selepas Suruhanjaya Pilihanraya SPR merekodkan penjualan 971 kertas pencalonan sehingga 22 April lalu dengan Kuching merekodkan 124 kertas pencalonan dijual.

Bagi Barisan Nasional, BN yang menguasai 55 kerusi DUN pada PRN ke-10, akan membuka gelanggang berkempen pada ketika populariti Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem berada di tahap tertnggi.

BACA: Sarawak catat rekod perjalanan pilihan raya terbaik negara - SPR

BACA: Pusat penamaan calon hanya dibuka 1 jam - SPR

BACA: Senarai lengkap calon Barisan Nasional

bagi DAP dan PFR yang telah mencapai persetujuan bagi agihan kerusi, dijangkakan, kedua-dua parti itu bakal bertembung di beberapa kerusi.
Dapatan terbaru Merdeka Center yang berdasarkan kajian yang dibuat di kalangan pelbagai kategori pengundi mengikut kaum di Sarawak menunjukkan 81 peratus daripada 815 responden berpuas hati dengan prestasi Adenan.

Kajian yang dibuat Januari lalu itu menunjukkan peratusan itu telah meningkat berbanding 74 peratus dicatatkan pada April 2015.

Prestasi baik Adenan ini merupakan cabaran kepada pembangkang, khususnya Pakatan Harapan yang cuba untuk mengukuhkan kedudukan di Sarawak.

akan membuka gelanggang berkempen pada ketika populariti Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem berada di tahap tertnggi.
Namun, PRN kali ini juga bakal menyaksikan pertembungan antara parti pembangkang dengan PAS dijangka bertembung di kesemua 11 kerusi yang ditandinginya dengan Parti Amanah Negara, Amanah.

Manakala bagi DAP dan PKR yang telah mencapai persetujuan bagi agihan kerusi, dijangkakan, kedua-dua parti itu bakal bertembung di beberapa kerusi.

PRN negeri pada 7 Mei ini juga penting bagi BN kerana ia adalah indikasi kepada pilihan raya umum yang perlu diadakan pada 2018.

Mandat besar diterima Adenan dijangka membawa Sarawak ke era kemodenan, toleransi dan autonomi, di samping limpahan projek pembangunan supaya ia setanding dengan negeri-negeri di Semenanjung.