Persoalan kepada sesiapa yang ingin mencari pengaruh bagi melakukan sesuatu proses untuk menukar sesebuah kerajaan itu adalah dibenarkan di dalam amalan demokrasi.

Ini kerana, Malaysia sebuah negara yang mempraktikkan amalah demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.

"Ini bermakna di mana forum-forum politik itu dibenarkan untuk berlangsung dan juga berinteraksi antara satu sama lain," jelas Penganalisis Politik UTM, Dr Mazlan Ali.

Beliau yang berkata demikian sewaktu sesi temu bual bersama Buletin AWANI Khas pada Sabtu turut memaklumkan bahawa keputusan mengangkat Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri perlu diterima baik oleh rakyat.

“Kita perlu menghormati keputusan yang dibuat oleh baginda Yang Di-Pertuan Agong kerana dalam soal pelantikan seorang Perdana Menteri adalah kuasa budi bicara Seri Paduka Baginda.

“Setelah dilihat, krisis selama seminggu ini, kita telah melihat bahawa Duli Yang Maha Mulia Tuanku telah mengambil inisiatif dengan menimbangkan semua pihak dan keputusan yang Tuanku buat pada hari ini, perlulah diberi penghormatan oleh rakyat Malaysia,” jelas Dr Mazlan.

Beliau pada masa menyatakan bahawa ini merupakan keputusan terbaik kepada negara susulan baginda Yang Di-Pertuan Agong yang sebelum ini pernah menzahirkan harapan agar kemelutan politik berakhir.

BACA: Muhyiddin Yassin dilantik PM ke-8

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan selaras dengan Perkara 402(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Keputusan itu dicapai selepas ketua-ketua parti poltik dan Ahli Dewan Rakyat bebas mengemukakan nama calon Perdana Menteri kepada Agong.