MIC Teluk Kemang menyasarkan untuk menang kerusi Parlimen Teluk Kemang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Port Dickson pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14), kata Ketua Bahagiannya Datuk R. Balakrishnan.
Beliau berkata MIC yakin dapat merampas semula kerusi berkenaan berikutan respon rakyat yang diterima dalam siri gerak kerja pihaknya ketika ini.
"Kita bekerja setiap hari...kita akan terus bekerja keras untuk memperoleh kemenangan," katanya kepada pemberita selepas sambutan Deepavali MIC Teluk Kemang di sini pada Sabtu, yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Balakrishnan berkata pihaknya juga akan membantu Barisan Nasional (BN) di DUN Chuah yang disandang MCA.
Pada PRU13 yang lepas, Datuk V.S. Mogan (MIC) tewas kepada Datuk Kamarul Baharin Abbas (PKR) dengan majoriti 1,579 undi dalam perebutan kerusi Parlimen Teluk Kemang.
Bagi kerusi DUN Port Dickson, P. Tanaletchumy (MIC) tewas kepada M.Ravi (PKR) dengan majoriti 2,422 undi.
Sementara itu, Mohamad meminta masyarakat India di Negeri Sembilan menyokong BN yang tidak pernah berhenti bekerja demi membela nasib rakyat.
"Di Teluk Kemang sudah dua penggal kita kalah dengan pembangkang. Tuan puan ada jumpa ahli Parlimen selepas PRU lepas? Bukan sahaja India marah, Melayu juga marah... kenapa tuan puan terus menerus mempercayai mereka, bila sudah menang muka pun tidak nampak.
"Sedangkan kita (BN) yang kalah, kita tetap berusaha dan jalankan tanggungjawab serta terus membantu tuan puan sekalian," katanya.
Mohamad turut meminta agar rakyat boleh berfikir dengan lebih baik untuk membuat pilihan.
Pada majlis itu, seramai 350 orang menerima sumbangan Deepavali berbentuk hamper dan wang tunai.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 07 2017
MIC yakin dapat merampas semula kerusi berkenaan berikutan respon rakyat yang diterima dalam siri gerak kerja pihaknya ketika ini.
MOT cadang perkenal perkhidmatan komuter sokong RTS Link
Kementerian Pengangkutan bercadang memperkenalkan perkhidmatan komuter bagi menyokong projek RTS Link yang akan beroperasi sepenuhnya pada 1 Jan 2027.
Niaga AWANI: Meta turunkan jangkaan untuk hasil suku kedua
Meta meramalkan pendapatan suku kedua mungkin berada di bawah jangkaan pasaran, menandakan kemungkinan semakan mengenai teknologi AI baharu yang boleh meningkatkan perniagaan syarikat.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Dunia siber yang selamat perlu input wanita - Nurul Izzah
Nurul Izzah berkata, sasaran dunia siber yang lebih selamat memerlukan input daripada wanita untuk memahami cara bagi membolehkan ekosistem selamat diwujudkan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Chongqing percepat usaha jadi hab utama barat daya China
Hab logistik di Chongqing memainkan peranan penting dalam membina zon ekonomi Chengdu-Chongqing, dan mewujudkan kawasan hab kawasan pedalaman yang terkemuka.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: MRANTI pertingkat kerjasama bidang teknologi, inovasi
Antara lima bidang utama kerjasama tersebut meliputi pertukaran kakitangan dan perkongsian pengalaman pembangunan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang Joanna Felicia diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
Polis buka kertas siasatan komen jelik
Polis membuka kertas siasatan ke atas pemilik akaun Twitter Saifuddin Shafik berhubung komen jelik yang dimuat naik dalam media sosialnya itu membabitkan nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak yang mengorbankan 10 mangsa.
Niaga AWANI: Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - DOSM
Bagi inflasi di peringkat negeri, kebanyakan negeri merekodkan peningkatan di bawah paras inflasi nasional 1.8 peratus.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
[TERKINI] Saluran radio Astro kekal pilihan nombor 1 di Malaysia - Kajian RAM
Kajian Radio Audience Measurement (RAM) pertama yang dijalankan bagi tahun 2024 menunjukkan saluran-saluran Astro Radio mencapai 7O peratus pendengar di Semenanjung Malaysia.
Pukul warga emas, polis tahan pemilik, pembantu rumah kebajikan
Beliau berkata siasatan mendapati punca kejadian adalah disebabkan mangsa yang nyanyuk dikatakan sering mendatangkan masalah.
MIC adakan pemilihan presiden 12 April
MIC akan mengadakan pemilihan jawatan presiden bagi penggal 2024 hingga 2027 pada 12 April ini.
Wanita Malaysia pertama pegang jawatan awam Devaki Krishnan meninggal dunia
Berita kematiannya disahkan oleh cucunya Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk R Ramanan.
KPM digesa siasat larangan nyanyian lagu tradisi Tamil - Saravanan
KPM digesa untuk menyiasat dakwaan mengenai larangan nyanyian lagu tradisi bahasa Tamil sewaktu penganjuran Karnival Bahasa Tamil Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 di Pulau Pinang, baru-baru ini.
Sayap parti pacu MIC hadapi cabaran politik semasa - Saravanan
Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M. Saravanan yakin parti itu mampu mendepani cabaran politik semasa menerusi peranan dan sumbangan yang dimainkan sayap Pemuda, Wanita, Putera dan Puteri.
'Anggotai Kabinet hanya khabar angin' - Saravanan
Datuk Seri M Saravanan, menyifatkan dakwaan kononnya nama beliau akan tersenarai selepas rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan, hanyalah hanyalah khabar angin.
MIC bantu kempen calon Kerajaan Perpaduan pada PRK Kemaman
MIC memberi jaminan akan membantu kempen calon Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, Terengganu Disember ini.
Peremajaan: MIC perlu pemimpin muda berwibawa
Dalam usaha meremajakan parti, pemimpin muda yang diperlukan haruslah dalam kalangan mereka yang memahami arena politik dengan baik.
MIC akan kumpul dana daripada ahli laksana program parti
MIC akan mengumpul dana daripada kalangan ahli untuk membiayai programnya bagi memastikan parti itu dapat terus bergerak dan menguatkan akar umbinya.
Manickam letak semua jawatan dalam MIC
Datuk L Manickam meletakkan semua jawatannya dalam MIC termasuk sebagai Pengerusi MIC Negeri Sembilan, Ketua MIC Bahagian Jempol dan ahli parti itu berkuat kuasa Jumaat.
Vell Paari dilantik semula sebagai Ahli Dewan Negara
Pelantikan semula berkuat kuasa 2 Sept lepas hingga 1 Sept 2026 itu adalah atas perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.