Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mensasarkan sejumlah 85 peratus pengundi berdaftar bakal keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang akan datang.

Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berharap semua pihak memberi sokongan terutama dalam mendepani ancaman kelompok tertentu yang mahu memprotes dengan tidak keluar mengundi.


Tambahan pula situasi politik yang berkecamuk dan adanya pihak yang mahu merosakkan undi

"Tidak akan keluar mengundi dan merosakkan undi akan menjejaskan peratusan keluar mengundi pada PRU14 nanti," kata Mohd Hashim semasa mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kempen Jom Semak dan Jom Kita Mengundi di sini, hari ini.







Setakat ini, jumlah pengundi berdaftar adalah seramai 14,968,304 orang.

Jika disorot sejarah proses demokrasi sejak 1959 di Malaysia, PRU13 yang lalu mencatatkan peratusan keluar mengundi yang paling tinggi iaitu sebanyak 84 peratus pengundi menunaikan tanggungjawab memilih.