UMNO Kelantan akan berusaha menarik sokongan generasi muda dan pengundi yang bekerja di luar negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang dalam usaha menawan kembali Kelantan selepas 27 tahun di bawah pentadbiran kerajaan PAS.
Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata ketika ini terdapat perubahan dalam sokongan kumpulan itu terhadap UMNO terutama di kalangan orang muda dari Kelantan yang menetap di luar negeri itu serta golongan mahasiswa.
"Sudah ramai yang sedar dan mahukan perubahan di negeri ini. Mereka faham mengenai pembangunan di Kelantan kerana mereka terdiri daripada kalangan cerdik pandai juga.
"Setakat ini, sokongan kuat daripada golongan ini memberi kekuatan kepada UMNO," katanya kepada pemberita pada majlis Mesra Aidilfitri Orghe Parlime Terre (Orang Parlimen Ketereh) di kediamannya di Bukit Marak, di sini, hari ini.
Annuar yang juga anggota Parlimen Ketereh, berkata beliau yakin pengundi luar daripada golongan orang muda mampu membawa perubahan pada PRU14 ini.
"Golongan muda sudah memberi banyak peluang kepada PAS dan sekarang mereka tidak menolak kebaikan yang dilakukan oleh UMNO," katanya.
Mengulas mengenai 'perang bendera' yang berlaku terutama ketika perantau pulang menyambut lebaran di Kelantan ketika ini, Annuar berkata ia tidak membawa sebarang makna kerana tiada sebarang bantuan dihulurkan kepada golongan memerlukan.
Beliau berkata UMNO mengambil langkah untuk tidak terlibat dalam 'perang' bendera itu dan di sebaliknya memilih untuk membantu rakyat secara senyap-senyap tanpa sebarang publisiti.
"Kita tidak melihat perbuatan memacak bendera itu sebagai gerakan (membantu rakyat). Gerakan UMNO sepanjang Ramadan amat banyak malah sudah berpuluh ribu rakyat dibantu.
"Di kawasan Parlimen saya sendiri iaitu Ketereh lebih 20,000 rakyat dibantu secara senyap-senyap tanpa publisiti. Kalau kita sibuk mahu memacak bendera sudah tentu kita akan terlupa agenda sebenar mahu membantu mereka, " katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 26 2017
Annuar (gambar) berkata UMNO mengambil langkah untuk tidak terlibat dalam 'perang' bendera itu dan di sebaliknya memilih untuk membantu rakyat secara senyap-senyap tanpa sebarang publisiti. - Gambar fail
[KOLUMNIS] Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan dan kesaksamaan
CENTHRA berasa amat kecewa dengan tindakan unilateral ini yang menyebabkan AS berdiri sendirian menentang kemasukan Palestin.
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan
Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.
Kes tangkapan lelaki Israel: 10 ditahan semula di bawah Sosma
Tiga terdiri suspek utama iaitu Avitan dan pasangan suami isteri telah dituduh di mahkamah pada minggu lalu, manakala lima lagi dibebaskan.
Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen
Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah pada Khamis.
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."
Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.
Pengarah Hydroshoppe dapatkan pasport untuk lawatan kerja
Mahkamah membenarkan Pengarah Hydroshoppe, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh mendapatkan sementara pasport.
Nik Elin sah ahli Muafakat Nasional
Peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid mengesahkan beliau merupakan ahli Muafakat Nasional (MN).
Annuar Musa bidas Rafizi, tegaskan Pas paling tersusun
Annuar membidas kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berhubung dakwaan parti Islam berkenaan tidak mempunyai kekuatan organisasi dan kelebihan bakat.
Shahidan, Annuar dilantik AJK Pas Pusat
Pelantikan tersebut dicadangkan serta dipersetujui berdasarkan peruntukan Fasal 25 dan 26 Perlembagaan parti berkenaan.
Politik tidak akan stabil selagi Melayu tak bersatu - Annuar
Melayu sebagai kaum majoriti mesti menjadi teras atau tapak utama dalam landskap politik Malaysia yang mempunyai kuasa dominan.
PRK di Johor sambungan referendum rakyat - Annuar
Annuar berkata, tidak lengkap referendum itu sekiranya tidak disertai rakyat Johor yang turut memberi isyarat sama.
Pengarah syarikat gagal batal tuduhan tawar suapan berhubung ambil alih konsesi Menara KL
Mahkamah hari ini menolak permohonan seorang pengarah syarikat untuk membatalkan pertuduhan menawarkan suapan RM500,000 berhubung proses pengambilalihan konsesi Menara Kuala Lumpur.
PRN: Eizlan Yusof hilang suara bantu kempen
Datuk Seri Eizlan Yusof, 52, hampir hilang suara susulan turut berkempen bersama-sama Tan Sri Annuar Musa untuk Perikatan Nasional (PN) sempena pilihan raya negeri (PRN) sejak Julai lalu.