Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad membuat pusingan-U terbaru dan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri menunjukkan keadaan bekas perdana menteri itu yang panik susulan keputusan Kabinet untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kebenaran di sebalik kerugian Bank Negara sebanyak RM30 bilion dalam urus niaga mata wang asing semasa kepimpinannya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Dr Mahathir tahu bahawa dapatan RCI boleh membawa kepada pendakwaan jenayah dan beliau tidak boleh membenarkan individu yang mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan kes itu, misalnya Anwar, untuk memberi keterangan terhadapnya.
"Adalah ironi bahawa Dr Mahathir kini memerlukan Anwar, orang yang beliau pecat dan penjarakan. Sama seperti beliau kini memerlukan Lim Kit Siang, seorang lagi yang pernah beliau penjarakan, disebabkan secara realiti, Kit Siang menguasai pembangkang oleh kerana DAP mempunyai majoriti kerusi Parlimen yang amat besar - manakala parti Dr Mahathir pula hanya ada satu," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Najib menegaskan bahawa seperti yang Dr Mahathir sedia maklum, Anwar tidak boleh bertanding secara sah, jadi pusingan-U beliau bukanlah tentang pilihan raya umum akan datang.
"Perjuangan Mahathir didorong bukan oleh kepentingan negara, sebaliknya berkaitan kepentingan peribadi semata-mata. Beliau begitu taksub untuk menyelamatkan legasi keluarganya dan menjadikan anak lelaki beliau, Mukhriz Mahathir, sebagai perdana menteri," kata Najib.
"Mahathir mendesak Tun Abdullah Badawi meletak jawatan perdana menteri, kini beliau mendesak supaya saya pula meletak jawatan, dan akan mendesak pengganti saya supaya meletak jawatan sehinggalah anaknya menjadi perdana menteri, (tanpa mengira) apa juga kesannya terhadap Malaysia," kata Najib.
Menurut Najib, pusingan-U terbaru itu dibuat selepas 20 tahun Dr Mahathir mencerca Anwar dan menggunakan apa jua cara yang ada untuk menyingkirkan Anwar daripada proses politik, termasuk menahan beliau di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, yang telah pun dimansuhkan, mendakwa dan memenjarakannya serta menyokong kempen untuk menyerang akhlak Anwar.
"Beliau tidak mempunyai prinsip dan akan melakukan apa saja - termasuk bersekongkol dengan mereka yang dipenjarakannya, menggesa campur tangan asing terhadap negara demokrasi kita yang berdaulat, mensabotaj ekonomi negara, dan membuat 100 pusingan-U jika perlu untuk memanipulasi minda rakyat - sebagai satu cara untuk mencapai apa jua hasrat beliau.
"Anwar mungkin akan terpengaruh, tetapi saya percaya rakyat tidak. Sebab dengan hanya satu saja kerusi Parlimen, Pengerusi Pribumi tidak boleh membuat keputusan siapa yang akan menjadi perdana menteri. Ia sama sekali tidak demokratik," kata Najib.
Perdana menteri menegaskan bahawa tiada yang lebih penting daripada keperluan rakyat.
"Maka, kerajaan di bawah kepimpinan saya akan terus memberi tumpuan tidak berbelah bahagi terhadap kebajikan ekonomi, kesejahteraan sosial dan keselamatan semua rakyat Malaysia. Kepentingan mereka mesti sentiasa didahulukan, kami akan menunaikan semua janji kami," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 08 2017
Perdana menteri menegaskan, tiada yang lebih penting daripada keperluan rakyat, maka, kerajaan di bawah kepimpinannya akan terus memberi tumpuan tidak berbelah bahagi terhadap kebajikan ekonomi, kesejahteraan sosial dan keselamatan semua rakyat.
Nahas helikopter Lumut: Hina anggota TLDM terkorban, polis siasat Saifuddin Shafik
Polis menyiasat pemilik akaun, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik hantaran jelik berkaitan insiden kemalangan melibatkan helikopter TLDM.
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
Pantau Agenda Reformasi: Misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza
Pantau Agenda Reformasi hari ini membawakan Profesor Hubungan Antarabangsa di Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa di UNISZA, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, yang juga merupakan bekas peserta misi Flotilla ke Gaza pada 2018, berkongsi pengalamannya ketika ditahan pihak rejim Israel sewaktu misi tersebut. Antara lain perbincangan tertumpu ke arah aspek hubungan antarabangsa serta undang-undang di perairan antarabangsa.
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi membolehkan mereka menangani cabaran industri dengan berkesan.
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Pak Lah stabil, masih perlukan rehat secukupnya
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada Rabu setelah mengalami small spontaneous pneumothorax.
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Kabinet setuju mula proses pinda Akta Hasutan
Kabinet memberi persetujuan untuk memulakan proses meminda Akta Hasutan bagi mengekang provokasi terhadap isu kaum, agama dan raja (3R).
Pengampunan Najib: Saya bukan sumber media antarabangsa itu - Fahmi
Fahmi nafi beliau sumber yang dipetik sebuah portal antarabangsa yang mendakwa hukuman penjara 12 tahun Najib akan dikurangkan.
Lans koperal didakwa rogol pelajar warga Uzbekistan
Seorang lans koperal polis mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan termasuk merogol seorang remaja perempuan warga Uzbekistan.
Emir baharu Kuwait terima peletakan jawatan kabinet
Kabinet akan terus berfungsi sebagai kerajaan sementara untuk menguruskan perkara-perkara mendesak sehingga Kabinet baharu dibentuk.
Malaysia larang kapal Israel berlabuh dan mendarat di Malaysia - PM Anwar
Kerajaan batal keputusan Kabinet pada 2002 benarkan kapal Israel berlabuh, dan keputusan Kabinet 2005 yang benarkan kapal tersebut mendarat.
Skandal dana politik: 3 menteri Jepun letak jawatan
Tiga menteri Jepun meletak jawatan di tengah-tengah skandal dana politik yang tertumpu kepada kumpulan terbesar dalam parti memerintah LDP.
Lebih wajar PM tidak pikul jawatan Menteri Kewangan - Penganalisis politik
Barisan menteri dan Timbalan menteri kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat lebih kuat berbanding terdahulu.
Dasar TVET Negara akan dibawa ke Kabinet, dilancarkan Jun 2024
Rangka dasar berkenaan akan dibawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri dalam tempoh terdekat bagi mendapatkan kelulusan.
Spekulasi rombakan Kabinet: Ini jawapan Perdana Menteri...
"Januari? Kenapa Januari? Tak Disember," reaksi Perdana Menteri mengenai spekulasi rombakan Kabinet yang diperkatakan.
'Anggotai Kabinet hanya khabar angin' - Saravanan
Datuk Seri M Saravanan, menyifatkan dakwaan kononnya nama beliau akan tersenarai selepas rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan, hanyalah hanyalah khabar angin.