Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli hari ini mengisytiharkan hartanya bagi menyambut baik cabaran pemimpin UMNO dan meminta agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melakukan perkara yang sama.

Rafizi berkata dengan pengisytiharan harta, Najib boleh membersihkan namanya yang dikaitkan dengan kemewahan yang dikatakan tidak berpadanan dengan gaji.

“Jika benar beliau mewarisi harta yang banyak dari Allahyarham Tun Abdul Razak Datuk Hussein seperti kenyataan Pejabat Perdana Menteri, maka beliau perlu memperincikan setiap harta warisan itu seperti mana saya memperincikan harta saya.

“Saya percaya jika saya yang tidak mempunyai apa-apa jawatan kerajaan dan tidak mempunyai kuasa boleh mengisytiharkan harta, maka menjadi tanggungjawab moral dan amanah bagi setiap Menteri di dalam Jemaah Menteri hinggalah ke Perdana Menteri untuk turut mengisytiharkan harta, hutang, pendapatan dan perbelanjaan.

Rafizi dalam akuan itu turut memperincikan harta, hutang, pendapatan dan perbelanjaan miliknya sebagai Ahli Parlimen.

Rafizi Ramli, isytihar harta

Lampiran Akuan Berkanun Pengisytiharan Harta, Hutang, Pendapatan dan Perbelanjaan Rafizi Ramli.

Beliau menyatakan gajinya ketika berada di Petronas sebagai Pengurus Kanan adalah sekitar RM25,000 sebulan yang termasuk keistimewaan dan elaun.

"Selepas memulakan kerjaya di London sehingga 2002, saya kembali berkhidmat dengan Petronas sejak 2003. Saya merupakan antara Pengurus Kanan termuda yang pernah dilantik Petronas dan pernah mengetuai beberapa unit di Petronas sehingga tahun 2009."

Beliau berkata purata pendapatan tahunannya semasa bekerja di Petronas adalah antara RM300,000 hingga RM500,000 setahun.

Rafizi juga menyatakan beliau tidak mempunyai hutang lain selain dari baki pinjaman rumah sebanyak RM118, 430, baki Honda Accord dan Honda CRV sebanyak RM228,170, baki pinjaman peribadi sebanyak RM39,840 dan baki kad kredit RM9,497 setakat Disember 2014.

"Daripada harta dan hutang ini, kedudukan harta saya melebihi hutang sebanyak RM1.564 juta."

Ahli Parlimen Pandan itu yakin langkah mengisytiharkan harta sebegini disokong sepenuhnya oleh rakyat.

Pada 5 Mac, Rafizi disaran berbuat pengisytiharan demikian oleh Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee sebelum Rafizi terus mengkritik kekayaan Najib dan pimpinan Barisan Nasional yang lain.