Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak menyifatkan kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa pembangkang dapat mengambil alih Johor jika memenangi hanya 10 lagi kerusi pada pilihan raya umum akan datang ibarat 'belum beranak sudah ditimang'.
"Ia samalah seperti 'belum beranak sudah ditimang. Pertama sekali Muhyiddin perlu meyakinkan pengundi bahawa ia mempunyai sesuatu yang lebih baik untuk ditawarkan daripada kerajaan sekarang.
"Pada masa ini, nampaknya seperti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) semata-mata ditubuhkan untuk menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seperti juga PKR (Parti Keadilan Rakyat) ditubuhkan untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara," katanya menerusi posting terbaru beliau dalam blognya (http //sskeruak.blogspot.my/).
Hari ini, media tempatan memetik bekas timbalan perdana menteri itu sebagai berkata pembangkang hanya memerlukan 10 lagi kerusi negeri untuk mengambil alih kerajaan Johor pimpinan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Johor mempunyai 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan daripada jumlah tersebut, BN menguasai 37 kerusi dan pembangkang 19 kerusi.
Salleh, yang juga Bendahari UMNO, berkata Pakatan Harapan belum lagi memutuskan sama ada untuk menerima PPBM ke dalam pakatan pembangkang atau sama ada PPBM cuma menubuhkan pakatan pilihan mengenai pengagihan kerusi.
"Ini harus dibuktikan dahulu kerana jika mereka tidak dapat mewujudkan kesepakatan sebelum pilihan raya, bagaimana mereka hendak mencapai kata sepakat biarpun jika mereka menawan Johor?" tambahnya.
Salleh juga menarik perhatian bahawa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata mereka tidak perlu mengumumkan calon pembangkang untuk jawatan perdana menteri ataupun mengumumkan kabinet bayangan.
"Pakatan Harapan mahu Anwar sebagai perdana menteri. Adakah ini bermakna Dr Mahathir tidak mahu Anwar? Dalam kes ini, siapakah yang Dr Mahathir mahu?" tanya menteri itu.
Ketika berucap pada satu acara di London baru-baru ini, Dr Mahathir berkata beliau mahu Muhyiddin sebagai calon pembangkang bagi jawatan perdana menteri dan sekarang beliau berkata tidak perlu untuk memutuskannnya buat masa sekarang, katanya.
"Adakah ini kerana PPBM dan Pakatan Harapan tidak bersetuju mengenai calon?" soal Salleh.
Beliau mendakwa, PAS pada hakikatnya tidak bersetuju dengan pemilihan Anwar dan Muhyiddin sebagai calon bagi jawatan perdana menteri.
Beliau berkata isu ini adalah lebih penting untuk diselesaikan daripada mengira jumlah kerusi hendak dimenangi oleh pembangkang sedangkan tidak tahu apa yang mereka akan lakukan jika mereka menang. -- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 09 2016
Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) perlu meyakinkan pengundi bahawa ia mempunyai sesuatu yang lebih baik untuk ditawarkan daripada kerajaan sekarang. - Gambar fail
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Thailand: Parti Move Forward tidak sokong calon PM Pheu Thai
Setiausaha Agung MFP Chaithawat Tulathon berkata keputusan itu dipersetujui sebulat suara oleh semua Ahli Parlimen (MP) pada mesyuarat hari ini.
PRU Thailand: Calon parti Move Forward Pita Limjaroenrat mungkin hilang kelayakan bertanding
Perlembagaan negara melarang pemegang saham syarikat media bertanding dalam pilihan raya.
Calon PM DAP: Itu pandangan peribadi Ong Kian Ming, kata Nga Kor Ming.
Nga berkata, dalam sebuah negara demokrasi, mana-mana anggota parti bebas untuk memberikan pendapat termasuk berkaitan isu politik.
Pasca PRU15: Saya pergi ofis dulu, lepas tu balik rumah - Anwar
Anwar tidak memberi sebarang respons apabila ditanya jika beliau akan pergi ke Istana Negara hari ini.
GTA perlu menang PRU15, baru fikir soal calon PM - Dr Mahathir
Pengerusi Penaja GTA Tun Dr Mahathir Mohamad berkata perkara itu bukanlah keutamaan buat masa ini.
PRU15: Zahid jadi PM hanya mainan parti lawan - Ismail Sabri
Parti lawan menggunakan taktik berkenaan bertujuan mengelirukan pengundi meskipun tahu beliau satu-satunya pemimpin yang diisytiharkan calon PM oleh UMNO dan BN.
PRU15: GTA muktamad calon PM jika menang PRU15 - Dr Mahathir
Gerakan Tanah Air (GTA) akan menamakan calon perdana menterinya hanya setelah memenangi Pilihan Raya Umum (PRU15), kata Pengerusi Protem GTA Tun Dr Mahathir Mohamad.
PRU15: Gabungan parti tonjolkan calon perdana menteri, strategi pancing pengundi
Setakat ini, beberapa parti dan gabungan politik telah menamakan calon perdana menteri masing-masing yang dianggap 'menyengat' dan berpengalaman.
PRU15: UMNO Kelantan setuju Ismail Sabri calon Perdana Menteri
Ia selaras dengan usul yang dikemukakan 11 daripada 14 bahagian UMNO Kelantan awal Februari lalu.
Teka-teki siapa Perdana Menteri ke-9 mungkin berakhir hari ini
Katanya, bermula pukul 10 pagi, Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan bertolak ke Istana Negara dari World Trade Center Kuala Lumpur (WTCKL) dengan menaiki bas.