Bekas Anggota Parlimen Port Dickson Datuk Danyal Balagopal Abdullah sekali lagi menegaskan beliau bukanlah pengkhianat kerana mengosongkan kerusi berkenaan hanya semata-mata untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.
Sebaliknya, beliau berkata tindakan itu diambil demi kemajuan Port Dickson dan untuk manfaat keseluruhan penduduknya memandangkan Ketua Umum PKR itu akan diangkat menjadi perdana menteri yang kelapan.
"Saya berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) lebih kurang 40 tahun dengan cogan kata sedia berkorban. Saya bukan macam orang lain... kalau saya ingin jadi seorang pengkhianat, saya akan beri laluan dan saya pergi... itu boleh dikatakan pengkhianatan. Saya tak, saya hanya beri laluan kepada Anwar dan saya kekal di sini dan menjaga pusat khidmat ini.
"Kalau orang kata saya (letak jawatan itu) berbaloi, memang berbaloi sebab dengan saya sebagai wakil Datuk Seri Anwar dan dia sebagai anggota Parlimen dan bakal perdana menteri, siapa yang akan dapat manfaat lebih... penduduk Port Dickson.
"Mereka kena faham saya punya pengorbanan dan saya hilang elaun, gaji dan semua keistimewaan...jadi orang kata (saya) pengkhianat kenapa? Bukan saya lari, saya ada sini," katanya.
Beliau berkata demikian dalam temu bual selama 45 minit bersama Bernama dan TV3 di sini pada Khamis.
Bekas Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) tahun 2011 - 2015 dan Chef De Mision Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan 2014 itu berkata pengorbanan beliau untuk masyarakat Port Dickson adalah demi memastikan mereka mendapat manfaat yang lebih besar dan tiada sebab untuk mereka marah kepadanya.
Bekas pegawai kanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu yakin gandingannya bersama Anwar akan mampu melonjakkan lagi kawasan pantai peranginan itu ke arah yang lebih gemilang.
Katanya, meskipun telah melepaskan jawatan sebagai wakil rakyat kawasan berkenaan, namun beliau tetap akan memainkan peranannya sebagai wakil kepada Ketua Umum PKR itu yang bakal menjadi perdana menteri bagi memastikan penduduk di kawasan itu dibela dan dalam masa yang sama memastikan kawasan itu membangun dengan pesat.
"Itu sebab saya ada di sini, (kebajikan penduduk) mesti akan terbela sebab itulah (kalau kita melihat) satu gandingan (Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad ketika beliau jadi perdana menteri siapa jaga (Parlimen) Langkawi, dulu (bekas perdana menteri Datuk Seri) Najib (Tun Razak) Pekan, siapa jaga Pekan.
"Itulah sebab Anwar gembira sebab dia boleh bekerjasama (dengan) saya (dan saya) betul-betul berminat nak tolong orang Port Dickson. Ini satu gandingan yang akan beri lebih manfaat kepada penduduk Port Dickson," katanya.
Dalam pada itu, Danyal Balagopal yang berhasrat hendak menjadikan Port Dickson sebagai pusat kecemerlangan pelancongan itu mahu Anwar yang baru-baru ini menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR, meneruskannya di samping memberi perhatian serius kepada soal kemiskinan dan pendidikan di kawasan itu.
Bagi memastikan Port Dickson dapat dibangunkan secara holistik, beliau merayu pengundi di kawasan itu memberikan sokongan kepada Anwar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Sabtu ini.
Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan Danyal Balagopal pada 12 Sept lepas, bagi membolehkan Anwar bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi pada Sabtu ini.
Parlimen Port Dickson memiliki 75,770 pengundi berdaftar yang terdiri daripada 43 peratus pengundi Melayu, Cina (33 peratus), India (22 peratus) dan lain-lain kaum (dua peratus).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 12 2018
Danyal Balagopal pada sidang media di pejabatnya di Port Dickson, 11 Okt, 2018. --fotoBERNAMA
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Kakitangan bakal terima tunggakan gaji dalam tempoh 30 bulan
Isu tunggakan gaji membabitkan 20 bekas kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) selama sembilan bulan dijangka selesai dalam waktu terdekat selepas kesemua mereka akan menerima bayaran secara berperingkat dalam tempoh 30 bulan berjumlah RM337,000.
Nahas helikopter Lumut: Laporan interim akan disediakan secepat mungkin - Khaled
Pihaknya bagaimanapun tidak menetapkan sebarang tempoh masa bagi penyediaan laporan itu.
Veteran ATM tidak berpencen diminta segera kemas kini maklumat untuk terima BSH
Sebanyak 35 peratus daripada 41,000 veteran ATM yang tidak berpencen, tidak menerima Bantuan Sara Hidup kerana gagal mengemas kini data peribadi.
ATM wajar kaji penglibatan Askar Wataniah dalam operasi teras - Raja Muda Perlis
ATM wajar mengkaji dsemula segala seksyen sedia ada bagi membolehkan penglibatan pasukan simpanan tentera darat dalam operasi teras.
MINDEF perkenal dua program pendidikan untuk warga ATM, ahli keluarga
Kerajaan juga telah bersetuju memperuntukkan sebanyak RM15 juta bagi tujuan penyelenggaraan dan naik taraf sekolah-sekolah angkatan tentera.
Maktab Tentera Diraja (RMC) bukan institusi 'biasa-biasa' - Khaled Nordin
Penubuhan Maktab Tentera Diraja (MTD) atau RMC merupakan satu agenda nasional yang penting yang bakal menyertai ketumbukan pertahanan negara.
Peletakan jawatan pengurusan kanan LTAT tak jejas operasi - Menteri Pertahanan
Pada masa ini Lembaga LTAT sedang memuktamadkan calon-calon yang berkaliber bagi mengisi jawatan Ketua Eksekutif.
Penyelarasan pencen: Mahkamah benar saman pemula 50 pesara ATM
Mahkamah Tinggi membenarkan saman pemula yang difailkan oleh 50 pesara ATM berhubung penyelarasan pencen mereka yang bersara sebelum 1 Jan 2013.
ATM redah banjir usung jenazah warga emas
Pasukan itu meredah air hingga paras pinggang sejauh hampir 100 meter sebelum jenazah dinaikkan ke dalam trak.
60 anggota ATM bantu pascabanjir di Kota Tinggi
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menempatkan 60 anggotanya bagi membantu kerja-kerja pembersihan pascabanjir di daerah ini yang bermula semalam.
131 anggota, veteran ATM terkesan banjir di Kelantan dan Terengganu - Adly
Sebanyak 131 anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terkesan dengan banjir di Kelantan dan Terengganu baru-baru ini.