Sebelum memulakan sidang media Pakatan Harapan pada Sabtu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Muhammad bergurau beliau tidak boleh lari ke mana-mana kerana telah diapit Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Jika anda perasan, saya diapit oleh suami dan isteri. Jadi saya tidak boleh ke mana-mana," katanya disambut gelak ketawa Anwar dan Dr Wan Azizah yang berada di sebelahnya.

Gurauan Tun itu turut mencuit hati Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu, pemimpin DAP Gobind Singh Deo, serta petugas-petugas media yang hadir ke sidang media Pakatan Harapan itu.