Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan setiap tegurannya kepada Datuk Seri Najib Razak dalam pelbagai isu adalah kerana kesilapan Perdana Menteri itu sendiri akhir-akhir ini.

Tegasnya, Najib dilihat perlu sedar dan segera bermuhasabah diri kerana kesalahan yang dilakukan dalam pelbagai isu semasa terutama berkaitan syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Saya ikhlas menegur serta mengkritik kepimpinannya demi menjamin survival UMNO dan Barisan Nasional (BN), kebelakangan ini Najib banyak mengelirukan rakyat terutama dalam isu 1MDB.

"Seperti contoh, Najib nyatakan tiada kaitan 1MDB dengan penglibatan jutawan Malaysia, Jho Low namun hakikatnya berlainan.

"Najib juga kata dana 1MDB disimpan dan dilabur di Kepulauan Cayman tetapi sehingga kini tiada bayangan di mana duit itu berada. Menteri Kewangan merangkap Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB kata sebahagian duit daripada Kepulauan Cayman yang ditebus disimpan dalam bentuk tunai USD1.103 billion di bank BSI Singapura tetapi bank tersebut menafikannya selain menyifatkan 1MDB memberi dokumen palsu," katanya yang kini berada di Jepun sehingga 1 Jun depan.
Saya ikhlas menegur serta mengkritik kepimpinannya demi menjamin survival UMNO dan Barisan Nasional (BN), kebelakangan ini Najib banyak mengelirukan rakyat terutama dalam isu 1MDB

Dr Mahathir berkata demikian ketika dihubungi Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di sini pada malam Rabu.

BACA: Najib persoal motif Tun Mahathir

Pada Rabu, Najib di dalam blognya memberitahu berkata banyak daripada apa yang diperkatakan Dr Mahathir baru-baru ini tidak mempunyai objektif dan salah sama sekali.

Kata Najib, persoalan yang perlu dibangkitkan adalah apakah motif Dr Mahathir yang memilih saat ini untuk meluahkan kecaman yang direka-reka kumpulan pembangkang yang dahulunya dikecam beliau sebagai pembohong.

BACA: Najib harus pertimbang cadangan debat dengan Tun M - Khairuddin

Najib menegaskan bahawa Dr Mahathir sering mendakwanya melakukan sesuatu disebabkan apa yang dimaklumkan orang kepadanya apabila mereka datang menemuinya.

BACA: 1MDB: Najib mungkin tiada niat untuk berbohong - Ku Li

Dalam pada itu kata Dr Mahathir, realitinya Najib sendiri tidak pernah menjawab setiap persoalannya selama ini.

"Hakikatnya Najib tidak pernah menjawab semua soalan saya setakat ini.

"Bila buat penafian hanya secara umum saja. Najib tidak pernah memberi jawapan secara ilmiah dan berfakta selama ini," ujarnya.

BACA: Dakwaan 1MDB rugi RM42 bilion diputar belit, kata Najib

Kata Dr Mahathir lagi, kesediaannya untuk berdebat dengan Najib sebelum ini masih belum dijawab.

"Boleh buat siaran langsung debat itu di RTM atau mohon mana-mana syarikat televisyen swasta untuk menyiarkannya. Najib tidak boleh menggunakan saluran komunikasi sendiri untuk menghentam saya dari jauh," jelasnya.

BACA: Nasib Najib bakal ditentukan pada Perhimpunan Agung UMNO - Rahim

Dr Mahathir turut menyatakan kesediaannya untuk berjumpa Ahli Majlis tertinggi (MT) UMNO pada bila-bila masa untuk menjelaskan sebarang isu.

"Presiden UMNO sepatutnya menjemput saya untuk beri justifikasi kepada setiap kritikannya selama ini. Biar semua ahli mendengar sendiri," ujarnya.

BACA: Dr Mahathir sedia berdebat dengan Najib

Sebelum ini, Dr Mahathir menyatakan kesediaannya pada bila-bila masa untuk berdebat secara terbuka dengan Najib berhubung pelbagai isu berbangkit termasuk 1MDB dengan disaksikan rakyat jelata.