Pengumuman senarai calon Barisan Nasional (BN) Kelantan pada Isnin oleh Pengerusi BN Negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed telah selesai dan sudah mungkin dimuktamadkan dengan mendapat restu dari presiden parti.

Dalam sidang media, Mustapa memaklumkan barisan calon yang ditampilkan untuk rakyat Kelantan pada Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini mendapat restu pimpinan, mengambil kira pandangan akar umbi dan menggabungkan pejawat awam, pemimpin, tokoh agama, pemimpin NGO termasuk wakil dari Pemuda, Wanita dan Puteri.

Katanya, kali ini calon BN mempertaruhkan dua muka baharu dan calon muda, iaitu Fikhran Hamshi Mohd Fatmi, 32 tahun, dan Nor Asmawi Ab. Rahman, 44.

Kedua-dua anak muda ini merupakan ahli perniagaan yang dipertaruhkan untuk kerusi Parlimen Kota Bharu dan Pasir Mas.

Selain itu, bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, menampilkan 28 muka baharu termasuk lima calon wanita dan empat calon muda.


SENARAI CALON BN KELANTAN

Parlimen

P019 Tumpat: Datuk Wan Johani Wan Hussin
P020 Pengkalan Chepa: Datuk Zaluzi Sulaiman
P021 Kota Bharu: Fikhran Hamshi Mohamad Fatmi
P022 Pasir Mas: Nor Azmawi Ab Rahman
P023 Rantau Panjang: Datuk Abdullah Mat Yassim
P024 Kubang Kerian: Datuk Seri Mohamad Abdul Ghani
P025 Bachok: Datuk Dr Awang Adek Hussin
P026 Ketereh: Tan Sri Annuar Musa
P027 Tanah Merah: Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz
P028 Pasir Puteh: Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
P029 Machang: Datuk Ahmad Jazlan Yaakub
P030 Jeli: Datuk Seri Mustapa Mohamed
P031 Kuala Krai: Datuk Ramzi Ab Rahman
P032 Gua Musang: Tengku Razaleigh Hamzah

Dewan Undangan Negeri

N.01 Pengkalan Kubor: Mat Razi Mat Ail
N.02 Kelaboran: Hashim Mohamad
N.03 Pasir Pekan: Wan Mohd Sanusi Wan Yunus
N.04 Wakaf Bharu: Datuk Mohd Rosdi Ab Aziz
N.05 Kijang: Wan Shahrul Azuan Wan Ab Aziz
N.06 Chempaka: Mohamed Fareez Noor Amran
N.07 Panchor: Zarina Md Eusope
N.08 Tanjong Mas: Madihah Abd Aziz
N.09 Kota Lama: Chua Hock Kuan
N.10 Bunut Payong: Datuk Mohamed Hasnan Che Hussin
N.11 Tendong: Datuk Yahaya Mamat
N.12 Pengkalan Pasir: Che Johan Che Pa
N.13 Meranti: Ahmad Anuar Husin
N.14 Chetok: Muhammad Afifi Muhammad Nor
N.15 Gual Periok: Ghazali Ismail
N.16 Bukit Tuku: Akbar Salim
N.17 Salor: Datuk Mohamad Nordin Awang
N.18 Pasir Tumboh: Bakri Yusoff
N.19 Demit: Nurul Amal Mohd Fauzi
N.20 Tawang: Datuk Mohd Radzuan Abdullah
N.21 Perupok: Datuk Dr Ilias Husain
N.22 Jelawat: Mohd Radhuan Hamat
N.23 Melor: Azmi Ishak
N.24 Kadok: Mohammad Azam Ismail
N.25 Kok Lanas: Datuk Md Alwi Che Ahmad
N.26 Bukit Panau: Dayang Saniah Awang Hamid
N.27 Gual Ipoh: Bakri @ Mohd Bakri Mustapha
N.28 Kemahang: Wan Rakemi Wan Zahari
N.29 Selising: Zulkifle Ali
N.30 Limbongan: Mohd Hanafiah Abdul Aziz
N.31 Semerak: Datuk Zawawi Othman
N.32 Gaal: Datuk Dr Mohd Kaisan Ab Rahman
N.33 Pulai Chondong: Ahmad Tarmizi Ismail
N.34 Temangan: Wan Mohd Adnan Wan Aziz
N.35 Kemuning: Eriandi Ismail
N.36 Bukit Bunga: Datuk Mohd Adhan Kechik
N.37 Air Lanas: Datuk Seri Mustapa Mohamed
N.38 Kuala Balah: Datuk Abdul Aziz Derashid
N.39 Mengkebang: Zaki Muhammad
N.40 Guchil: Zuber Hassan
N.41 Manek Urai: Suzaini Adlina Sukeri
N.42 Dabong: Muhammad Awang
N.43 Nenggiri: Abdul Aziz Yusoff
N.44 Paloh: Amran Arifin
N.45 Galas: Mohd Syahbuddin Hashim

Dalam senarai calon kali ini juga menyaksikan bekas wakil rakyat DUN Galas, Datuk Nozula Mat Diah direhatkan walalupun beliau merupakan bekas wakil rakyat yang berjaya memenangi majoriti tertinggi dalam siri pilihan raya lalu dengan khidmatnya selama 28 tahun ditaburkan kepada rakyat Paloh, Gua Musang.

Namun seperti yang kita ketahui, DUN Paloh merupakan kawasan bawah Parlimen Gua Musang yang mana ianya merupakan kawasan di bawah kepimpinan veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah.

Tengku Razaleigh merupakan pemimpin disegani dan percaturannya tidak akan diganggu oleh sesiapa, apatah lagi rekod tidak pernah kalah dengan keseluruhan DUN dimiliki oleh BN menyebabkan beliau dihormati.

Sebelum ini, Mustapa memaklumkan bahawa BN Kelantan pada PRU kali ini merupakan saat terbaik untuk merampas Kelantan selepas ketiadaan bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, serta perpecahan dalam Pas yang menyaksikan wujudnya Parti Amanah Negara (Amanah).

Untuk itu, sejumlah lapan kerusi Parlimen dan DUN Kelantan diberi tumpuan dalam usaha berkenaan.

Kerusi Parlimen yang diberikan tumpuan ialah Bachok (Datuk Dr Awang Adek Hussein), Jeli (Datuk Seri Mustapa Mohamed), Kuala Krai (Datuk Ramzi Ab Rahman), Tanah Merah (Datuk Seri Ikmal Hisyam Abdul Aziz), Pasir Puteh (Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki), Machang (Datuk Ahmad Jazlan Yakkob), Gua Musang (Tengku Razaleigh Hamzah) dan Ketereh (Tan Sri Annuar Musa).

Manakala kerusi DUN yang menjadi tumpuan ialah N01 Pengkalan Kubor, N02 Kelaboran, N04 Wakaf Baru, N09 Kota Lama, N10 Bunut Payong, N11 Tendong, N14 Chetok, N15 Gual Periok, N16 Bukit Tuku, N20 Tawang, N21 Pantai Irama, N22 Jelawat, N25 Kok Lanas, N27 Gual Ipoh, N29 Selising, N30 Limbongan, N31 Semerak, N32 Gaal, N33 Pulai Chondong, N36 Bukit Bunga, N37 Ayer Lanas, N38 Kuala Balah, N39 Mengkebang, N40 Guchil, N42 Dabong, N43 Nenggiri, N44 Paloh, N45 Galas, N23 Melor, N12 Pengkalan Pasir dan N35 Kemuning.

Jika dilihat pada jumlah kerusi Parlimen, tumpuan dan pertaruhan calon baharu di kerusi DUN menyaksikan lima kerusi Parlimen seolah-olah diberikan secara 'percuma' kepada Pas Kelantan.

Kerusi bukan tumpuan BN Kelantan bagi Parlimen ialah Kota Bharu, Pengkalan Chepa, Pasir Mas, Rantau Panjang, Kubang Kerian dan Tumpat.

Di kerusi DUN pula menyaksikan BN Kelantan memberikan tumpuan 31 kerusi bagi membolehkan BN Kelantan membentuk kerajaan baharu dengan Mustapa dijangka akan mengepalai kerajaan.

Kerusi DUN bukan tumpuan ialah N05, Kijang, N06 Cempaka, N07 Panchor, N08 Tanjong Mas, N13 Meranti, N17 Salor, N18 Pasir Tumbuh, N19 Demit, N24 Kadok, N25 Bukit Tuku, N28 Kemahang, N34 Temangan, N03 Pasir Pekan dan N41 Manek Urai.

Pas pula dijangka akan meletakkan calonya bagi Parlimen, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, (Kubang Kerian) Datuk Takiyuddin Hassan (Kota Bharu), Nik Mohamed Abduh Nik Abdul Aziz atau Datuk Nasharuddin Daud (Rantau Panjang), Rozi Mohamed (Pasir Mas), Datuk Che Abdullah (Tumpat) dan bekas senator, Khairiah Mohamed (Pengkalan Chepa).

Jika dilihat pada percaturan calon BN dan juga jangkaan calon Pas, ia seolah-olah BN Kelantan memberikan laluan mudah untuk Pas di enam Parlimen berkenaan, manakala bagi kerusi DUN pula menyaksikan 12 kerusi yang dimenangi oleh BN sebelum ini akan dipertahankan.

Namun BN dan UMNO Kelantan khususnya akan berhempas pulas memperjudikan nasib untuk merampas 19 lagi kerusi DUN.

Penyertaan Pakatan Harapan di Kelantan diketuai Husam Musa yang dijangka akan meletakkan calonnya melibatkan wakil Amanah Kelantan bertanding di 23 kerusi DUN dan lima kerusi Parlimen.

Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pula dijangka meletakkan 13 calon di kerusi DUN dan tujuh di kerusi Parlimen manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempertaruhkan calonnnya di sembilan kerusi DUN dan dua kerusi Parlimen.

Walaupun begitu, sudah pasti tumpuan calon hanya diberikan kepada calon dari BN dan Pas kerana mereka merupakan parti veteran yang, pada pandangan rakyat Kelantan, ada wadah dan misi untuk ditawarkan kepada rakyat selain sudah bertapak dan mempunyai rekod mereka.

Pas dijangka akan mengumumkan senarai calonnya pada 25 April ini diikuti dengan Pakatan Harapan.