Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah meminta ahli yang membuat pengisytiharan keluar daripada parti itu supaya memberi nama serta nombor keahlian kepada pengurusan untuk proses penamatan keahlian.
Pengerusi PKR Sabah, Datuk Christina Liew berkata setiausaha PKR negeri sudah diarahkan untuk mengeluarkan satu surat berkaitan perkara itu.
"Tolong beritahu nama dan nombor keahlian anda yang keluar, kalau semua sudah lengkap, kemudian kita akan maklumkan kepada PKR Pusat untuk penamatan keahlian," katanya kepada pemberita di sini selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Batu 2, Jalan Apas.
Menurut Liew, tindakan ahli yang masuk dan keluar parti dan menggunakan alasan hilang kepercayaan kepada pimpinan parti, itu adalah perkara biasa dalam politik.
BACA: Wakil rakyat Sabah ambil sikap tunggu dan lihat - Penganalisis politik
Pada Jumaat lepas, 11 ahli PKR Sabah, yang pernah memegang jawatan di peringkat negeri dan cabang parti itu mengisytiharkan keluar daripada parti dan kumpulan itu yang diketuai Datuk Nani Sakam, yang juga bekas Pengarah Tugas-Tugas Khas PKR Sabah, turut mendakwa ribuan penyokong menyertai mereka keluar daripada PKR.
Pada Sabtu, Timbalan Ketua PKR Cabang Kalabakan Mohd Jailani Chachu mendakwa kira-kira 2,000 ahli cabang itu termasuk ahli jawatankuasanya keluar daripada parti berkenaan.
BACA: AMK PKR Sabah nafi ribuan keluar parti
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 21 2020
Liew berkata, tindakan ahli yang masuk dan keluar parti politik serta menggunakan alasan hilang kepercayaan kepada pimpinan parti adalah perkara biasa. - Gambar fail
Zidane berminat jadi jurulatih Manchester United
Legenda bola sepak Perancis itu dikatakan memantau dengan teliti situasi Erik ten Hag di United walaupun telah mencapai persetujuan dengan Bayern.
Allahyarham Tun Hanif Omar legenda PDRM - Razarudin
Tan Sri Razarudin Hussein menyifatkan Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sebagai legenda besar dalam bidang kepolisan negara.
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
'Ayah letak tugas, kerjaya nombor satu' - Anak Tun Hanif
Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Pelancong Korea 'serbu' Sabah, lapangan terbang sesak
Situasi berlaku susulan lima syarikat penerbangan dari Korea Selatan mendarat di KKIA pada jarak masa yang dekat.
Pendaki meninggal dunia akibat AMS, isteri stabil
Mangsa disahkan meninggal dunia jam 4.30 pagi selepas dibawa turun ketika mendaki gunung bersama isterinya yang turut mengalami AMS.
Sabah sasar kunjungan 2.2 juta pelancong tahun ini
Dalam mencapai sasaran itu, kerajaan negeri Sabah menggunakan kenderaan e-hailing bagi mempromosikan pelancongan Sabah.
Langkah pinda Perlembagaan rakyat lahir di luar negara disifatkan kejayaan hak sama rata
Langkah meminda Perlembagaan Persekutuan supaya kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia boleh mendapat kerakyatan secara automatik adalah kejayaan hak sama rata.
Kerjasama pembangkang dan GRS demi penuhi tuntutan rakyat - PH Sabah
Kesediaan Pakatan Harapan (PH) Sabah bekerjasama dengan kerajaan negeri bukan Memorandum Persefahaman (MoU) seperti yang dicanang pihak tertentu.
PH Sabah sedia jalin kerjasama bipartisan dengan GRS
Pakatan Harapan Sabah bersedia untuk kerjasama bipartisan bersama kerajaan negeri, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) namun ingin merangka garis panduan yang jelas mengenai hubungan kerja mereka.
PKPD Tawau: Percepat bantuan, dengar denyut nadi rakyat
Keadilan harus diberikan kepada sekumpulan aktivis yang ditahan reman kerana melakukan tunjuk perasaan di Kampung Muhibbah Raya, Tawau kelmarin.
PRN Sabah: Dua muka baharu antara tujuh calon wanita yang menang
Rina Jainal (Warisan) dan Flovia Ng (Perikatan Nasional-STAR) antara wajah baharu yang mendapat mandat dalam PRN Sabah ke-16.
PRN Sabah: Shafie Apdal, Christina Liew, Frankie Poon menang
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senallang dengan majoriti 4,631 undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 pada Sabtu.
PRN Sabah: Tunggu lama untuk mengundi, tak jadi masalah - Belia
Terpaksa menunggu dan beratur panjang di Pusat Mengundi di Sekolah Jenis Cina (SJC) Chung Hwa Air Keroh bukan penghalang untuk para pengundi menjalankan tanggungjawab mereka memilih wakil rakyat.