Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menegaskan pendiriannya untuk terus berjuang dalam UMNO demi rakyat sekaligus menolak khabar angin mengatakan beliau akan keluar parti.
Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna berkata, beliau adalah antara pengasas UMNO di Sabah dan tidak mungkin akan meninggalkan parti itu.
"Saya turun ke daerah (Semporna) setelah bertalu-talu telefon berbunyi dan bertanya tentang perkembangan (terkini).
"Mereka yang (hendak) keluar daripada parti itu saya nyatakan jangan, saya masih Naib Presiden UMNO dan UMNO memerintah negara ini.
"Jadi untuk meredakan dan menjelaskan sedikit sebanyak keraguan dan kebimbangan mereka, hari ini saya sedikit sebanyak menerangkan tentang apa yang sebenarnya berlaku supaya jangan nanti ada perkara-perkara yang membimbangkan mereka," ujar Shafie pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat yang diadakan di kediaman beliau di Kampung Bubul Lama, di sini hari ini.
Ketua UMNO Bahagian Semporna itu juga memberitahu, walaupun tidak berjawatan lagi dalam Kabinet namun khidmat bakti kepada rakyat harus diteruskan.
"Ini yang perlu bagi kita yang mana (ia) paling penting (adalah) negara kita. Rakyat di negara ini perlu kita bela sebaik mungkin dan saya akan teruskan.
"Mungkin ada hikmahnya untuk membolehkan supaya saya dapat memberi tumpuan selaku Naib Presiden dan selaku Pengerusi Daftar Pemilih," kata Shafie.
Pada masa sama, beliau juga menyeru agar penyokongnya jangan kecewa dan harus akur pada keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak walaupun ada penyokongnya menyatakan ingin keluar parti.
Majlis turut dihadiri lebih 20,000 penyokong Shafie dari segenap daerah di pantai timur Sabah termasuk ahli-ahli daripada Persatuan Kadazan Dusun Murut (KDM) Malaysia.
Ridzal Abdullah
Mon Aug 03 2015
Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna berkata, beliau adalah antara pengasas UMNO di Sabah dan tidak mungkin akan meninggalkan parti itu. - Gambar Fail
Papagomo kemuka representasi gugur tuduhan kes hasutan kaitkan kerajaan pro Israel, Barat
Papagomo mengemukakan representasi bagi menggugurkan pertuduhan menyebut kata-kata menghasut yang mengaitkan kerajaan pro kepada Israel dan Barat.
Ali XPDC sesak nafas, Exco bantu hantar ke Hospital Serdang
Ali XPDC dikejarkan ke Hospital Serdang selepas mengalami sesak nafas di kediamannya di Salak Tinggi, Sepang.
Rombongan pengantin, jemaah umrah antara penumpang terkandas di KKIA
Rombongan pengantin dan jemaah umrah antara ribuan penumpang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) berikutan pembatalan penerbangan hari ini.
Rangka transformasi pendidikan tinggi demi kesihatan planet
Nickyson Nyambar membawakan perkembangan semasa Sidang Kemuncak Kesihatan Planet 2024.
Pelan Industri Sukan kini di fasa akhir - TPM Ahmad Zahid
Kementerian Belia dan Sukan kini dalam fasa akhir membangunkan Pelan Industri Sukan, yang menggariskan strategi dan inisiatif memberi manfaat kepada sektor industri sukan.
Perkembangan upacara pengebumian Joseph Kurup
Bersama wartawan AWANI Borneo di Sabah, Hafiz Mustadi di talian bagi mendapatkan perkembangan terkini.
Titah Adendum: Sokongan Ahmad Zahid kepada Najib tulus, sejati - Megat Zulkarnain
Sokongan yang dizahirkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung Titah Adendum YDP Agong mengenai tahanan rumah, tulus dan sejati.
Letusan Gunung Ruang: Penumpang menunggu dalam ketidakpastian di KIA
Tinjauan di lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) mendapati penumpang me nunggu dalam ketidakpastian susulan pembatalan penerbangan yang berpunca letusan Gunung Berapi Ruang.
Kerajaan Perpaduan umum calon PRK Kuala Kubu Baharu minggu depan - Zambry
Zambry memaklumkan bahawa pengumuman mengenainya akan dibuat sekitar dua hari sebelum penamaan calon.
200 ulama nusantara dijangka hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei ini
Seramai 200 ulama nusantara dijangka hadir Persidangan Ulama Sedunia yang akan diadakan di Petaling Jaya, Selangor pada 7 dan 8 Mei ini.
Mahkamah tolak permohonan 1MDB untuk pindah kes saman AS$6.5 bilion
Pesuruhjaya Kehakiman turut mengarahkan 1MDB membayar kos RM4,000 masing-masing kepada Arul Kanda dan Mohd Irwan.
Mahkamah Rayuan tetapkan 20 Ogos untuk dengar rayuan Najib gugurkan hakim
Tarikh itu ditetapkan hari ini susulan pengurusan kes di hadapan penolong kanan pendaftar Mahkamah Rayuan Nurul Azrina Mohamed Yusof.
Disekat dari ke luar negara, tetapi tidak ditahan - Bekas Pengarah SRC
Shahrol memberitahu beliau tidak ditahan pihak berkuasa berkaitan urus niaga syarikat itu, namun disekat daripada ke luar negara.
Tiada perjanjian dengan pendakwaan untuk beri keterangan terhadap Najib - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak membuat sebarang perjanjian dengan pihak pendakwaan untuk memberi keterangan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perbicaraan kes 1MDB terpaksa ditangguh selepas Najib disahkan alami cirit-birit
Dr Mohd Hafiz berkata ubat-ubatan yang diberikan mungkin menyebabkan rasa mengantuk dan Najib perlu berehat sekurang-kurangnya dua hari.
Pengurusan 1MDB sepatutnya lakukan usaha wajar mengenai PSI - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa pengurusan 1MDB sepatutnya telah melakukan usaha wajar mengenai kewujudan PSI sebelum dana 1MDB disalurkan kepada PSI untuk tujuan usaha sama.
Kerajaan sudah bayar RM48.06 bilion hutang 1MDB
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan memberitahu, jumlah itu termasuk bayaran AS$3 bilion (RM14.2 bilion) yang dibuat pada Mac 2023 menerusi Belanjawan 2023.
Dana SRC AS$15 juta dipindah kepada beberapa individu termasuk anak bekas PM Mongolia
Menurut pakar penyiasatan kewangan itu penyelidikannya mendedahkan selain Battushig, Dash Uranbileg iaitu tokoh politik di Mongolia menerima AS$2 juta daripada Muraset.
AG peroleh kebenaran mulakan prosiding komital terhadap Isham Jalil
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan Peguam Negara (AG) untuk memulakan prosiding komital terhadap Isham Jalil.
Perjanjian berkaitan pemulihan aset 1MDB tidak terperinci - Johari
Perjanjian antara kerajaan Malaysia dan Goldman Sachs berkaitan pemulihan aset 1MDB pada 2020, dibuat dengan tidak terperinci.