Selangor, antara negeri pertama ditadbir PKR sejak 2008, dan selesa dengan kepimpinan sedia ada yang diterajui Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, bakal mempunyai Menteri Besar yang baharu.
Tanda tanya mengenai status Mohamed Azmin terjawab apabila Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa baginda memberi perkenan supaya Mohamed Azmin memegang jawatan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, namun kekal sebagai menteri besar sehingga tempoh peralihan kuasa kepada menteri besar baharu dapat dijalankan dengan lancar.
Jika dilihat dalam ruangan komen di media sosial, rata-rata rakyat Selangor masih mengharapkan pemimpin berusia 54 tahun yang sentiasa kelihatan segak kekal sebagai menteri besar kerana kejayaannya mentadbir negeri itu selama ini, namun pada masa sama mereka gembira apabila Mohamed Azmin dilantik sebagai menteri di peringkat Persekutuan.
Mohamed Azmin bersama 13 anggota Kabinet Persekutuan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara.
Siapakah yang bakal mengisi kekosongan jawatan nombor satu di negeri termaju di negara ini itu?
Penganalisis politik Che Hamdan Che Mohd Razali berpendapat pelantikan Mohamed Azmin sebagai menteri dibuat berdasarkan kepada kredibiliti beliau yang cemerlang mentadbir Selangor selepas mengambil alih tampuk kepimpinan pada 2014.
Kedudukannya dalam PKR sebagai Timbalan Presiden parti memperlihatkan ketokohan Mohamed Azmin dalam menangani isu dan kemelut politik.
"Beza Mohamed Azmin dengan pemimpin lain ialah beliau berani buat sesuatu terutama tindakan politik melibatkan hubungan antara Pakatan Rakyat (sebelum ini) di mana beliau berjaya menyatukan parti-parti dalam Pakatan Rakyat, PKR-PAS-DAP dan kini parti-parti gabungan dalam Pakatan Harapan. Beliau pragmatik dan berani buat keputusan.
"Daripada segi pemerintahan banyak dasar beliau adalah dasar yang popular dalam kalangan rakyat, ini adalah kelebihan beliau. Mohamed Azmin mentadbir sebuah negeri kaya dan beliau bijak menggunakan sumber sedia ada yang mampu memberi populariti kepada PKR dan beliau sendiri," katanya kepada Bernama.
Menurut pensyarah kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi MARA Kampus Raub, Pahang, cabaran lebih besar kini adalah untuk mencari pengganti Mohamed Azmin, sama ada individu itu mampu 'berdiri sama tinggi' dengan Mohamed Azmin atau lebih baik daripada beliau.
Jika dilihat kepada keputusan PRU14, Che Hamdan berkata rakyat Selangor ternyata berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan negeri PH pimpinan Mohamed Azmin dan ia diterjemahkan dengan 'hadiah' kemenangan besar gabungan menguasai 51 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri.
"Selangor dah stabil, jadi cabaran pula pada pengganti nak lari daripada bayang-bayang Mohamed Azmin. Dulu selepas 'Langkah Kajang' ramai yang tanya mampukah Mohamed Azmin nak jadi macam Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (bekas Menteri Besar Selangor), tapi bila beliau mengambil alih beliau guna pendekatan berbeza tetapi lebih popular berbanding Abdul Khalid," katanya.
Dalam konteks ini, Che Hamdan berkata beliau melihat Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua yang juga anggota Exco kerajaan negeri, Amirudin Shari menjadi 'pilihan' Mohamed Azmin sebagai calon untuk menggantikan tempatnya sebagai menteri besar, namun pada masa sama kredibiliti seorang lagi ADUN yang turut disebut-sebut sebagai calon menteri besar, Dr Shaharuddin Badaruddin tidak boleh dipertikai.
Katanya ADUN Seri Setia itu yang juga anggota Exco baharu dikatakan mempunyai hubungan agak rapat dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak kedua-duanya bergiat aktif dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) lagi.
"Amirudin tidak dinafikan masih muda dan berpengalaman dalam kerajaan negeri selepas dilantik sebagai Exco untuk penggal kedua, namun orang lebih nampak beliau sebagai 'orang Azmin' dan beliau juga berasal dari Johor.
"Cuma pengalaman daripada segi dalam organisasi dan parti saya rasa tidak ada masalah untuk Dr Shaharuddin yang merupakan anak jati Selangor. Beliau berpengalaman dalam PKR sebagai naib presiden dan dari segi diplomasi, beliau boleh jadi 'jambatan' antara parti-parti dalam PH selain mampu jalin hubungan baik dengan gerakan-gerakan sivil hasil pengalaman beliau sebagai aktivis ABIM, " katanya.
Apa yang pasti, perasaan Mohamed Azmin berhubung keputusan beliau menerima pelantikan sebagai menteri jelas bercampur baur ketika ini, dan ia dizahirkan menerusi kenyataannya hari ini: "Amat berat untuk saya meninggalkan rakyat Selangor, namun saya insaf bahawa saya juga mempunyai tanggungjawab lebih besar terhadap negara dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya."
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 21 2018
Kedudukan Azmin dalam PKR sebagai Timbalan Presiden parti memperlihatkan ketokohan Mohamed Azmin dalam menangani isu dan kemelut politik. - Foto Astro AWANI
Perlu isyhtihar jika bawa lebih S$20,000
: Semua pengembara yang memasuki atau meninggalkan Singapura membawa mata wang fizikal dan instrumen boleh niaga (CBNI) dengan nilai lebih 20 Ribu Dolar Singapura atau bersamaan dalam mata wang asing.
Pengisytiharan CBNI ini supaya membantu usaha Singapura membanteras aktiviti jenayah seperti pengubahan wang haram dan Keperluan sedemikian adalah kebiasaan di banyak negara.
Pengisytiharan CBNI ini supaya membantu usaha Singapura membanteras aktiviti jenayah seperti pengubahan wang haram dan Keperluan sedemikian adalah kebiasaan di banyak negara.
G7 tekad, untuk redakan perang di Asia Barat, Ukraine-Rusia
Isu peperangan di Ukraine dan Asia Barat mendominasi mesyuarat Menteri Luar Kumpulan G7,terdiri daripada Amerika Syarikat, Itali, Kanada, Perancis, Jerman, Jepun dan Britain.
Sidang kemuncak menteri luar itu berakhir sejurus selepas serangan Israel ke atas Iran dikatakan sebagai tindakan balas terhadap serangan dron dan peluru berpandu Iran baru-baru ini ke atas Israel.
Sidang kemuncak menteri luar itu berakhir sejurus selepas serangan Israel ke atas Iran dikatakan sebagai tindakan balas terhadap serangan dron dan peluru berpandu Iran baru-baru ini ke atas Israel.
Lari fokus, abai kesihatan antara masalah utama jemaah
Beberapa masalah jemaah haji Malaysia, antaranya terlalu tumpukan kepada ibadat sunat dan abai soal kesihatan dikumpul hasil pemerhatian bekas petugas Tabung Haji (TH) sepanjang lebih 30 tahun berkhidmat. Namun, semua masalah ditangani secara bijak oleh petugas TH yang menggalas tanggungjawab.
Bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar meninggal dunia
Allahyarham difahamkan menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.15 pagi tadi.
Kes Audrey Fang: Penyiasat temukan bukti dalam bilik hotel suspek
Peguam keluarga mangsa meminta warga Singapura itu yang tidak dinamakan di hantar ke penjara dahulu sebelum perbicaraan.
Kursus Perdana Haji secara berperingkat di seluruh negara bermula hari ini sehingga 5 Mei
TH anjur Kursus Perdana Haji secara berperingkat di seluruh negara bermula hari ini di Masjid WIlayah Persekutuan sehingga 5 Mei ini, di mana ia merupakan kursus terakhir bagi bakal jemaah haji sebagai platform ulang kaji dan pelengkap kepada kursus-kursus sebelum ini.
White House enggan komen serangan Israel ke atas Iran
Jurucakapnya White House berkata Amerika Syarikat tidak mahu komen tentang perkara itu kerana dari awal lagi mereka tidak ingin terlibat secara langsung atas perang antara Iran dan Israel, atas kerisauan peningkatan suhu konflik di Asia Barat.
Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
Freedom Flotilla Coalition (FFC) mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Perkara itu disahkan Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright menerusi taklimat ringkas kepada semua peserta terlibat di Istanbul pada petang Jumaat.
Perkara itu disahkan Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright menerusi taklimat ringkas kepada semua peserta terlibat di Istanbul pada petang Jumaat.
[Kronologi] perang Iran - Israel
[Kronologi] perang Iran - Israel
Pengembara dari dan ke Singapura bawa lebih S$20,000 perlu lakukan pengisytiharan
Pengisytiharan menggunakan kertas pada masa ini akan dihentikan pada 13 Mei ini.
PM tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan sehari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu malam tadi untuk lawatan kerja sehari ke Sabah.
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Titah Adendum di bawah kuasa Lembaga Pengampunan - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu terlibat dengan perbincangan membabitkan titah tambahan berhubung tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Usaha tingkatkan kadar gaji penjawat awam diumum Hari Pekerja - PM Anwar
Cadangan penambahbaikan, usaha tingkatkan kadar pendapatan bersih penjawat awam akan diumumkan pada Hari Pekerja, kata Perdana Menteri
Tun Musa individu teguh prinsip, integriti - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam sebagai sosok yang teguh dengan prinsip dan integriti.
Sanusi jumpa Anwar 4 Mei, akan suarakan 'wishlist' Kedah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan bahawa akan mengadakan pertemuan rasmi dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 4 Mei depan.
200 ulama nusantara dijangka hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei ini
Seramai 200 ulama nusantara dijangka hadir Persidangan Ulama Sedunia yang akan diadakan di Petaling Jaya, Selangor pada 7 dan 8 Mei ini.
Mengenang Joseph Kurup: Jasa mendiang pasti dikenang negara, rakyat - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan jasa mendiang Tan Sri Joseph Kurup ketika menjadi menteri di peringkat Persekutuan dan negeri, akan dikenang rakyat dan negara.
PM hulur sumbangan tampung kos perubatan adik Tasnim
Perdana Menteri menyerahkan sumbangan bagi menampung kos perubatan adik Tasnim Al-Ulya Amali Mohammad Raji yang hilang upaya kekal.
Kelantan hargai kesediaan kerajaan Persekutuan bantu tangani krisis air- MB
Kerajaan Kelantan menghargai kesediaan Kerajaan Persekutuan dalam membantu menangani krisis bekalan air di negeri ini.