Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bakal mengadakan Mesyuarat Khas esok bagi membincangkan urusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Mesyuarat yang bakal diadakan bermula jam 10 pagi esok dijangka untuk menentukan tarikh-tarikh penting menjelang PRU14 termasuk Hari Penamaan Calon, tempoh berkempen serta Hari Pengundian.

Mesyuarat tersebut yang bakal dipengerusikan Pengerusi SPR, Tan Sri Hashim Abdullah akan diadakan di Pejabat SPR di Putrajaya.

Mesyuarat tersebut diadakan setelah semua negeri di Malaysia membubarkan Dewan Undangan Negeri masing-masing setelah Parlimen dibubarkan pada 7 April.

BACA. FAHAM.UNDI: Layari laman #MalaysiaMemilih untuk liputan PRU14 yang komprehensif

Pulau Pinang merupakan negeri terakhir yang membubarkan DUN iaitu pada Selasa, 10 April.

Menurut Fasal (4) Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, SPR perlu mengadakan pilihan raya umum dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran itu.