Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu dibubar hari ini selepas diperkenankan oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dilihat memasuki perkarangan Istana Syarqiyyah di sini kira-kira jam 10.17 minit pagi tadi untuk mengadap dan mendapat perkenan ke-bawah Duli Tuanku Sultan Terengganu.

Ia bertujuan bagi membolehkan laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) selari dengan pembubaran Parlimen pada 7 April lalu yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pertemuan itu diadakan lebih awal daripada jadual asal yang sepatutnya berlangsung pada Rabu ini.