Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan dengan hasrat Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk mengekalkan ketiga-tiga Exco daripada PAS dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) sehingga ke tarikh pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Setiausaha Sulit kepada baginda, Datuk Mohamad Munir Bani berkata ketetapan itu dibuat selepas baginda menimbang dan meneliti segala aspek terutama dari sudut kestabilan pentadbiran kerajaan negeri Selangor demi memelihara kepentingan rakyat secara keseluruhannya.
"Sultan Selangor juga berkenan agar kedudukan anggota-anggota Exco sedia ada dikekalkan demi kepentingan rakyat dan usaha pembangunan negeri Selangor terus dilaksanakan.
"Baginda juga telah mengambil kira mandat yang telah diberikan oleh rakyat kepada kerajaan negeri sedia ada untuk terus mentadbir bagi menjamin keharmonian dan pembangunan agar kemakmuran rakyat di Selangor ini tercapai," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Kerajaan Selangor yang dipimpin Mohamed Azmin mempunyai komposisi Exco yang sama bilangan iaitu masing-masing tiga orang daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS.
Tiga exco PAS ialah Datuk Iskandar Abdul Samad yang memegang portfolio Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar; Datuk Dr Ahmad Yunus (Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi) serta Zaidy Abdul Talib (Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani).
Mohamad Munir berkata menteri besar terdahulu telah menghadap dan menyembah maklum kepada baginda mengenai kedudukan semasa barisan kepimpinan anggota MMKN susulan keputusan PAS Pusat memutuskan kerjasama politik parti itu dengan PKR.
Berikutan itu, beliau berkata, Sultan Sharafuddin juga telah menerima menghadap Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sabak bersama tiga anggota Exco daripada PAS berkenaan untuk mengetahui tentang pendirian dan kedudukan mereka dalam MMKN.
"Sultan Selangor yakin bahawa kepercayaan yang diperoleh Mohamed Azmin ketika dilantik sebagai menteri besar pada September 2014 masih kekal," katanya.
Mohamad Munir dalam pada itu berkata, baginda menyeru kepada semua pihak supaya tidak menimbulkan sebarang spekulasi negatif mengenai kestabilan kerajaan negeri Selangor.
Katanya, Sultan Sharafuddin juga berharap menjelang bulan Ramadan ini, rakyat khasnya yang beragama Islam di Selangor menumpukan persiapan diri mereka untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan dalam beribadat serta mengelakkan daripada terlibat dengan sebarang fitnah serta tohmahan.
Semalam, Mohamed Azmin dilaporkan berkata tiga anggota Exco daripada PAS itu dikekalkan demi kestabilan kerajaan negeri menjelang PRU ke-14, meskipun parti Islam itu telah menamatkan kerjasama politik dengan PKR.
Majlis Syura Ulama PAS pada 11 Mei lepas memutuskan parti itu menamatkan tahaluf siyasi dengan PKR, yang menerajui kerajaan Selangor, selepas Muktamar PAS ke-63 di Alor Setar, Kedah bulan lepas meluluskan usul supaya pimpinan tertinggi parti menamatkan kerjasama politik antara kedua-dua parti apabila PKR dilihat tidak menghormati PAS sebagai rakan sekutu mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 25 2017
Sultan Selangor juga berkenan agar kedudukan anggota-anggota Exco Pas sedia ada dikekalkan demi kepentingan rakyat dan usaha pembangunan negeri Selangor terus dilaksanakan. - Foto Fail Astro AWANI/Shahir Omar
Melaka sasar nilai pelaburan RM10 bilion, fokus 10 sektor
Kerajaan negeri berada di landasan terbaik dengan sasaran nilai pelaburan RM10 bilion, apabila meletakkan 10 sektor industri sebagai fokus utama pada tahun ini.
Sabah akan pelbagaikan sumber ekonomi - Ketua Menteri
Sabah tidak boleh hanya bergantung kepada dagangan sumber sedia ada terutama kelapa sawit, minyak dan gas dalam membangunkan ekonomi negeri.
Sarawak perkasa industri hiliran untuk hasilkan produk kayu bernilai tinggi
Kerajaan Sarawak akan terus memperkasakan industri hiliran seperti penghasilan biojisim bagi meningkatkan lagi pengeluaran produk kayu nilai tambah tinggi.
Duta, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia perlu mahir pelaburan, perdagangan
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mahu perwakilan ke luar negara iaitu Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia mahir dalam aspek perdagangan bagi membawa masuk pelaburan ke dalam negara.
Malaysia kekal komited usaha reformasi ekonomi, terima inovasi dan pembangunan mampan
Malaysia kekal komited dalam usaha mereformasi ekonomi dan pada masa sama, bersedia menerima inovasi serta pembangunan mampan, kata TPM Fadillah.
PSM adakan mesyuarat pascanilai padang SNBJ awal minggu depan
Perbadanan Stadium Malaysia bakal mengadakan mesyuarat pascanilai (post-mortem) berkenaan isu padang SNBJ pada awal minggu hadapan.
Nyawa tiada nilai, maruah pula dibuat main oleh Israel
Sudahlah kejam, jijik, tidak beradap pula. Tidak cukup dengan kekejamannya membunuh berpuluh ribu rakyat Palestin, nyawa manusia di bumi Gaza itu bagaikan tiada nilai buat mereka. Dalam beberapa video yang tular baru-baru ini, tentera Israel dengan bangganya memperolok maruah rakyat Palestin dengan bermain pakaian dalam wanita yang ditemui di rumah-rumah penduduk di situ.
Libya giat langkah kumpul derma untuk Gaza
Libya tampil dengan beberapa inisiatif mengumpul dana untuk dihantar ke Gaza.
Antara kempen bantuan yang diiktiarkan termasuk kempen yang bermatlamat untuk mengumpul 2,000 tan bantuan yang akan dimuatkan ke dalam kapal berlayar dari Misrata ke Pelabuhan Arish sebelum ianya dihantar ke Enklaf Gaza menerusi laluan Rafah.
Antara kempen bantuan yang diiktiarkan termasuk kempen yang bermatlamat untuk mengumpul 2,000 tan bantuan yang akan dimuatkan ke dalam kapal berlayar dari Misrata ke Pelabuhan Arish sebelum ianya dihantar ke Enklaf Gaza menerusi laluan Rafah.
Kisah bayi Leila Jeneid bukti Israel tidak berhati perut
Leila Jeneid, bayi yang berusia dua bulan belum lagi berkesempatan merasai nikmat hidup dan mendapat pelukan mesra keindahan dunia. Baru sahaja mencelik mata, dia sudah diuji dengan kesengsaraan kekurangan zat sehingga menyebabkannya berakhir di hospital.
TikTok perkenal pusat pilihan raya bagi tangani info palsu
TikTok merancang untuk melancarkan pusat pilihan raya dalam talian di platform itu sebagai sebahagian daripada usaha menyokong integriti pilihan raya sepanjang 2024.
Lebih daripada dua bilion orang dalam lebih 50 negara dijangka keluar mengundi tahun ini dan pusat pilihan raya itu akan digunakan untuk menunjukkan kepada orang ramai maklumat yang boleh dipercayai.
Lebih daripada dua bilion orang dalam lebih 50 negara dijangka keluar mengundi tahun ini dan pusat pilihan raya itu akan digunakan untuk menunjukkan kepada orang ramai maklumat yang boleh dipercayai.
Kutipan hasil Selangor dijangka meningkat RM100 juta mulai tahun depan - MB
Kerajaan Selangor menjangkakan kutipan hasil negeri tersebut meningkat sekitar RM100 juta selepas memperkenalkan tiga langkah baharu.
PN puji inisiatif MITI lancar rangka kerja i-ESG
Mohamed Azmin memuji inisiatif Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) melancarkan rangka kerja Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus Industri Nasional (i-ESG).
Azmin Ali nafi dakwaan keluar kenyataan berunsur fitnah terhadap Lim Guan Eng
Mohamed Azmin menafikan dakwaan beliau mengeluarkan sebarang kenyataan berunsur fitnah terhadap Lim Guan Eng ketika berucap pada kempen PRU15.
Mohamed Azmin minta Speaker tarik larangan pakai baju Melayu
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta Speaker baharu, Lau Weng San, menarik semula peraturan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berhubung pemakaian baju kebangsaan.
Pembangkang tubuh jawatankuasa portfolio, semak imbang peranan Exco Selangor
Mohamed Azmin berkata peranan 10 ADUN PN dalam portfolio itu bertujuan memastikan perbincangan dan perbahasan semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor lebih berfokus.
Azmin dilantik Ketua Pembangkang DUN Selangor
Pengumuman itu dibuat Speaker DUN Selangor, Lau Weng San pada Mesyuarat Pertama (Angkat Sumpah) Penggal Pertama DUN Selangor ke-15.
Nahas Elmina: Azmin Ali sertai solat jenazah Shahrul Kamal
Azmin juga memaklumkan beliau sempat bertemu dengan bapa Allahyarham yang juga bekas juruterbang.
Kes Muhyiddin: Pertuduhan AMLA tidak boleh berdiri sendiri - Mohamed Azmin
Azmin menegaskan, oleh kerana kesalahan utama atau predikat telah dibatalkan, maka pertuduhan AMLA tidak boleh berdiri secara sendiri.
'Azmin berjaya raih simpati pengundi' - KJ
Menurut Khairy, walaupun Azmin dilabel sebagai pengkhianat, namun PRN kali ini memberi kejutan apabila undi masyarakat Melayu mula beralih kepada Perikatan Nasional (PN).
PRN: "Bukan darah daging jadi percaturan" - Azwan Ali antara pengundi terawal di DUN Hulu Kelang
Azwan ubah fikiran saat akhir keluar mengundi kerana memahami satu undi daripadanya amat bernilai untuk proses demokrasi.